Skip to main content

Singapura

Pendaftaran Fasa 10 penggalian & pengebumian semula kubur Islam dibuka hingga 9 Jun 2026

Pendaftaran bagi Fasa 10 penggalian dan pengebumian kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chua Kang kini dibuka sehingga selewat-lewatnya pada 9 Jun 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran Fasa 10 penggalian & pengebumian semula kubur Islam dibuka hingga 9 Jun 2026

Pendaftaran bagi Fasa 10 penggalian dan pengebumian kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chua Kang kini dibuka. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Jun 2025 07:57AM Dikemas Kini : 11 Jun 2025 07:55PM
SINGAPURA: Pendaftaran bagi Fasa 10 penggalian dan pengebumian kubur Islam di Tanah Perkuburan Choa Chua Kang dibuka dari 10 Jun 2025 sehingga selewat-lewatnya pada 9 Jun 2026.

Kubur-kubur yang terjejas adalah dari Blok 23 hingga 26 dan N-429, N-1-1 dan N-1-2.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatannya di Facebook pada Selasa (10 Jun).

Para waris terdekat diminta untuk mendaftar bagi tuntutan sisa jenazah secara online menerusi Singpass di www.pusara.sg atau menghubungi 6238 4505 untuk membuat janji temu.

Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2026.

NOTIS BANTAHAN BAGI KUBUR TAMBAHAN

Bagi kubur-kubur yang tidak terjejas, iaitu yang berada di luar blok 23-26, N-429, N-1-1 dan N-1-2, tuntutan boleh dibuat bagi sisa jenazah sekiranya sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chua Kang selama sekurang-kurangnya 15 tahun, iaitu pada atau sebelum 9 Jun 2011.

Para waris boleh mengemukakan bantahan mereka secara online di www.pusara.sg atau menghubungi talian 6238 4504 untuk urusan janji temu.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita