Pendaftaran Darjah 1: Lebih banyak tempat Fasa 2C mulai 2027; skim 2 laluan di 12 sekolah
Anggaran Waktu Membaca:
Primary 1 registration: More Phase 2C places from 2027; two-pathway scheme at 12 schools
- Singapore's Ministry of Education will raise the allocation of Phase 2C places in Primary 1 registration to 60 at most primary schools from next year.
- Twelve schools in selected areas will split Phase 2C places into two pathways based on home distance, with no priority within each pathway.
- Priority for admission will still be given to Singapore citizens and applicants with prior links, while balloting will be conducted if applications exceed the available places.
- The move is aimed at improving access and inclusiveness, and balancing differing public views on primary school admission.
- Kementerian Pendidikan Singapura akan menaikkan peruntukan tempat Fasa 2C pendaftaran Darjah 1 kepada 60 di kebanyakan sekolah rendah bermula tahun depan.
- 12 sekolah di kawasan tertentu akan membahagikan tempat Fasa 2C kepada dua laluan berdasarkan jarak rumah, tanpa keutamaan dalam setiap laluan.
- Keutamaan kemasukan masih diberikan kepada warga Singapura dan pemohon dengan hubungan terdahulu, manakala undian dijalankan jika permohonan melebihi tempat.
- Langkah ini bertujuan meningkatkan akses, keterangkuman dan mengimbangi pelbagai pandangan masyarakat mengenai kemasukan sekolah rendah.
SINGAPURA: Kebanyakan sekolah rendah akan memperuntukkan 60 tempat bagi Fasa 2C pendaftaran Darjah 1 mulai tahun depan, meningkat daripada 40 tempat buat masa ini, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (10 Sep).
Sekolah dengan jumlah pengambilan lebih kecil, iaitu yang menawarkan kurang daripada 180 tempat Darjah 1, akan mengekalkan 40 tempat yang diperuntukkan bagi Fasa 2C. Bagi pendaftaran tahun ini, 27 daripada 179 sekolah rendah mempunyai jumlah pengambilan kurang daripada 180 tempat.
Fasa 2C terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira hubungan terdahulu dengan sesebuah sekolah. Oleh itu, penambahan tempat yang diperuntukkan dijangka meluaskan akses kepada pemohon yang tiada hubungan sedemikian, menurut MOE.
Fasa 2B, yang merangkumi kanak-kanak dengan ibu atau bapa yang menjadi sukarelawan di sekolah berkenaan atau mempunyai hubungan dengan pertubuhan agama atau persatuan suku kaum yang bergabung dengan sekolah itu, akan mengekalkan 20 tempat yang diperuntukkan.
Kanak-kanak dalam Fasa 2B dan fasa-fasa sebelumnya akan terus diberikan keutamaan kemasukan sekolah berbanding pemohon Fasa 2C.
Undian akan dijalankan apabila jumlah pemohon melebihi kekosongan bagi mana-mana fasa dari 2A hingga 2C Tambahan.
SKIM DUA LALUAN DI 12 SEKOLAH
Mulai pendaftaran tahun depan, 12 sekolah di kawasan kejiranan di mana perumahan awam membentuk kurang 40 peratus daripada rumah dalam lingkungan dua kilometer juga akan membahagikan tempat Fasa 2C kepada dua laluan sama rata.
Satu laluan diperuntukkan kepada pemohon yang tinggal dalam lingkungan dua kilometer dari sekolah, manakala satu lagi bagi mereka yang tinggal lebih jauh. Tiada keutamaan berdasarkan jarak rumah dengan sekolah dalam setiap laluan.
12 sekolah tersebut, yang kebanyakannya terletak di Bukit Timah dan beberapa lagi di Marine Parade, ialah Sekolah Anglo-Chinese (Junior), Sekolah Anglo-Chinese (Sekolah Rendah), Sekolah Rendah CHIJ (Katong), Sekolah Perempuan Methodist (Sekolah Rendah), Sekolah Rendah Nanyang, Sekolah Rendah Ngee Ann, Sekolah Rendah Pei Hwa Presbyterian, Sekolah Rendah Perempuan Raffles, Sekolah Rendah Perempuan Cina Singapura, Sekolah St. Margaret (Sekolah Rendah), Sekolah Rendah Tanjong Katong dan Sekolah Tao Nan.
Warga Singapura akan terus diberikan keutamaan berbanding Penduduk Tetap (PR). Permohonan PR hanya akan dipertimbangkan selepas semua pemohon warga Singapura bagi kedua-dua laluan diterima.
Undian akan dijalankan jika jumlah pemohon warga Singapura melebihi jumlah tempat dalam setiap laluan. Sekiranya terdapat kekosongan dalam satu laluan, tempat tersebut akan diberikan kepada pemohon warga Singapura dalam laluan yang satu lagi.
Sebagai contoh, jika sebuah sekolah mempunyai 60 tempat yang dibahagikan sama rata kepada 30 tempat bagi setiap laluan tetapi hanya menerima 25 permohonan warga Singapura yang tinggal lebih dua kilometer dari sekolah, baki lima tempat akan diberikan kepada pemohon warga Singapura yang tinggal dalam lingkungan dua kilometer.
MOE menyatakan senarai sekolah itu akan disemak secara berkala bagi mengambil kira perubahan profil perumahan di sekitar sekolah. Namun, pihak kementerian tidak menjangkakan perubahan kerap kerana "profil perumahan tidak berubah secara drastik dalam tempoh singkat".
Ditanya sama ada Sekolah Anglo-Chinese (Sekolah Rendah) akan kekal dalam senarai selepas berpindah ke Tengah pada 2030, MOE menyatakan profil perumahan di sekitarnya akan berubah dan sekolah itu tidak lagi akan termasuk dalam skim tersebut.
MOE menyatakan walaupun kebanyakan sekolah rendah menerima pelajar daripada pelbagai latar belakang, sesetengah sekolah mempunyai komposisi sosioekonomi yang kurang rencam, mencerminkan profil kawasan kejiranan masing-masing.
"Ini sebahagiannya disebabkan keutamaan jarak antara rumah dengan sekolah dalam rangka kerja pendaftaran Darjah 1 ketika ini, di mana keutamaan ditentukan berdasarkan kewarganegaraan, diikuti jarak rumah dengan sekolah apabila undian diperlukan."
"Kami mahu sekolah-sekolah kita kekal terbuka dan inklusif, supaya anak-anak kita dapat belajar dan menjalin persahabatan melangkaui lingkungan sosial terdekat mereka," kata Menteri Pendidikan Desmond Lee kepada wartawan di Bangunan Parlimen.
"Mereka akan didedahkan kepada perspektif berbeza, belajar merapatkan perbezaan dan membina persefahaman bersama."
IMBANGI PELBAGAI PANDANGAN
MOE menyatakan perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada semakan dasar berterusan untuk meningkatkan akses dan menyokong keterangkuman atau inklusiviti di sekolah rendah, berdasarkan maklum balas daripada ibu bapa, pemimpin sekolah dan alumni.
Encik Lee berkata terdapat persetujuan meluas bahawa sekolah rendah perlu kekal terbuka dan mudah diakses oleh keluarga daripada pelbagai latar belakang, walaupun terdapat pandangan berbeza mengenai cara untuk mencapainya.
Sesetengah pihak mahu lebih banyak tempat diperuntukkan kepada keluarga yang tidak mempunyai hubungan terdahulu dengan sekolah, manakala yang lain mahu keutamaan berdasarkan jarak rumah dengan sekolah dikurangkan atau dihapuskan, katanya.
"Terdapat pelbagai pertimbangan yang perlu kami imbangi dalam setiap perubahan yang dibuat," tambahnya.
"Sebagai contoh, kami tahu ibu bapa menghargai sekolah yang dekat dengan rumah, khususnya bagi anak-anak kecil, dan lebih mudah jika adik-beradik bersekolah di sekolah yang sama."
MOE akan terus melabur dalam setiap sekolah bagi memastikan semua pelajar mendapat pendidikan bermutu, kata Encik Lee. Kementerian itu juga akan memantau hasil pendaftaran bagi membantu menentukan perubahan selanjutnya.
"Kami akan terus berusaha mengimbangi pelbagai pertimbangan yang terlibat, termasuk keutamaan adik-beradik, jarak antara rumah dengan sekolah, hubungan alumni serta sumbangan kepada masyarakat," katanya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.