Pendaftaran Darjah 1: Jumlah permohonan melebihi tempat disediakan bagi 38 sekolah rendah di bawah Fasa 2A
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)
SINGAPURA: Fasa 2A Pendaftaran Darjah 1 tahun ini bagi sebanyak 38 sekolah rendah melebihi jumlah tempat yang disediakan, menurut data terkini Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (18 Jul).
Permohonan di bawah Fasa 2A bermula pada 11 Jul dan ditutup sehari kemudian.
Jumlah sekolah dengan pendaftaran lebih tinggi daripada bilangan tempat yang diperuntukkan juga lebih tinggi berbanding 27 sekolah yang mengalami keadaan sedemikian bagi fasa tersebut setahun lalu.
Gunakan jadual di bawah untuk mencari keputusan setiap sekolah rendah. Keputusan undian akan dikeluarkan pada Jumaat ini.
Sekolah yang paling banyak menerima pendaftaran dalam Fasa 2A tahun ini ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Bukit Batok, dengan 142 pemohon untuk 45 tempat yang ditawarkan, iaitu lebih tiga pemohon bagi setiap tempat yang disediakan.
Dua sekolah yang paling banyak terlebih pendaftaran dalam fasa ini ialah Sekolah Rendah Shuqun dengan 115 pemohon untuk 49 tempat, manakala Sekolah Rendah Gongshang menerima 196 permohonan untuk 84 tempat.
Ia kemudian diikuti oleh Sekolah Rendah Temasek dan Sekolah Rendah Presbyterian Pei Hwa.
PENGUNDIAN
Daripada 38 sekolah yang terlebih pendaftaran, hanya tiga tidak akan menjalankan pengundian manakala baki 35 sekolah akan berbuat demikian.
Pengundian dijalankan apabila jumlah pemohon melebihi bilangan tempat yang disediakan. Ini berlaku dalam mana-mana fasa dari Fasa 2A hingga Fasa 2C tambahan.
Keutamaan akan diberikan mengikut susunan ini:
Warga Singapura yang tinggal dalam jarak 1km dari sekolah, warga Singapura yang tinggal antara 1km dan 2km dari sekolah, kemudian warga Singapura yang tinggal lebih dari 2km dari sekolah. Mereka kemudian diikuti oleh Penduduk Tetap (PR) dalam kumpulan jarak yang sama.
Sebanyak 20 tempat dikhaskan untuk pelajar yang memohon di bawah Fasa 2B, manakala 40 tempat diperuntukkan bagi mereka yang memohon di bawah Fasa 2C.
Jumlah tempat kosong untuk Fasa 2B akan dikemas kini pada Jumaat, sebelum permohonan dibuka pada Isnin depan.
Fasa 2B adalah untuk ibu bapa yang telah menyertai sekolah rendah sebagai sukarelawan selewat-lewatnya pada 1 Julai sebelum pendaftaran Darjah 1. Mereka mestilah telah menyumbang sekurang-kurangnya 40 jam khidmat sukarela kepada pihak sekolah sebelum 30 Jun pada tahun itu.
Ibu bapa yang menyokong atau diiktiraf oleh gereja atau persatuan suku kaum yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sesebuah sekolah rendah juga boleh memohon melalui fasa ini, begitu juga ibu bapa yang merupakan pemimpin masyarakat yang aktif.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.