Skip to main content

Singapura

Pendaftaran Darjah 1 dibuka 28 Jun ini

Pendaftaran bagi Darjah Satu (P1) 2019 akan dibuka dari 28 Jun hingga 31 Oktober. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran Darjah 1 dibuka 28 Jun ini

Murid-murid darjah 1 di Sekolah Rendah St Hilda's (Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 01 Jun 2018 12:56PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 12:59PM

SINGAPURA: Pendaftaran bagi Darjah Satu (P1) 2019 akan dibuka dari 28 Jun hingga 31 Oktober. 

Ini diumumkan Kementerian Pendidikan dalam kenyataan medianya hari ini (1 Jun).

Sekolah-sekolah rendah akan dibuka bagi proses pendaftaran dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dari 2.30 petang hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh pendaftaran tersebut.

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan secara online boleh berbuat demikian melalui Sistem Internet Darjah 1 (P1-IS). Laman itu akan dibuka bermula 30 Julai pada jam 9.00 pagi sehingga 1 Ogos pada 4.30 petang bagi Fasa 2C. Bagi Fasa 2C Tambahan pula, laman itu boleh dilungsuri bermula 13 Ogos pada jam 9.00 pagi hingga 14 Ogos pada jam 4.30 petang.

Ibu bapa yang berhasrat untuk mendaftar secara online dinasihati supaya membuka akaun Singpass 2FA terlebih dahulu jika belum berbuat demikian. 

Related article image
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita