Pendaftaran Darjah 1 bagi 2024 dibuka 4 Julai; data permohonan tahun lalu disediakan online
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Today/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Pendaftaran bagi kemasukan ke Darjah 1 pada tahun depan boleh dilakukan mulai 4 Julai, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (23 Mei).
Kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018, termasuk kedua-dua tarikh berkenaan, wajib menyertai latihan itu atau mendaftar ke dalam program Junior 1 atau Darjah 1 di sekolah pendidikan khas (SPED).
Mulai tahun ini, ibu bapa boleh menggunakan portal pendaftaran online yang baru bagi kelima-lima fasa latihan pendaftaran - iaitu Fasa 1, 2A, 2B, 2C dan 2C Tambahan - untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah pilihan.
Portal baru itu akan menggantikan borang pendaftaran online dan Sistem Internet Darjah 1 yang digunakan sebelum ini.
PERANGKAAN PENDAFTARAN TAHUN LALU
Selain itu, data permohonan dari tahun lalu juga akan disediakan online bermula tahun ini untuk memberi lebih banyak sokongan kepada ibu bapa ketika memilih sekolah rendah bagi anak-anak mereka, menurut MOE.
Mulai Selasa, ibu bapa boleh merujuk kepada lelaman MOE bagi data tahun 2022, yang merangkumi tempat kosong, pemohon pendaftaran serta maklumat undian pada fasa-fasa berkaitan bagi setiap sekolah.
Jika undian dilakukan bagi fasa tertentu, ibu bapa akan dapat melihat kategori di mana undian dijalankan, jumlah tempat kosong dalam undian tersebut dan jumlah pemohon yang menyertai undian itu, menurut MOE.
Ibu bapa juga boleh melihat senarai sekolah-sekolah yang terletak dalam jarak 2 kilometer dari rumah mereka dan memeriksa sama ada sekolah tersebut menerima pendaftaran melebihi jumlah tempat kosong pada fasa-fasa tertentu dalam latihan tahun sebelumnya.
Seperti tahun-tahun sesudahnya, maklumat mengenai jumlah tempat kosong di setiap sekolah bagi latihan pendaftaran tahun ini juga akan disediakan di laman pendaftaran pada pertengahan Jun.
Jumlah tempat kosong serta bilangan pemohon akan dikemas kini semasa fasa berkaitan.
"Bagaimanapun, perangkaan sedemikian tidak harus dianggap sebagai muktamad ketika latihan sedang dijalankan disebabkan sifatnya yang dinamik kerana ibu bapa boleh menarik permohonan dan membuat perubahan sepanjang tempoh pendaftaran. Sekolah-sekolah juga tidak dapat memberikan maklumat lanjut menjangkaui apa yang disediakan di laman Pendaftaran P1 MOE," tambah kementerian itu.
MOE juga menggalak ibu bapa untuk "mempertimbangkan pilihan sekolah yang luas dan meneroka bagaimana program-program serta tawaran unik oleh sekolah-sekolah tersebut dapat memenuhi keperluan pembelajaran, minat selain kekuatan anak-anak mereka" apabila memilih sebuah sekolah rendah.
Kementerian itu juga mengingatkan ibu bapa supaya mempertimbangkan sekolah yang terletak "berdekatan dengan rumah" agar dapat menyingkatkan waktu perjalanan anak mereka. Ini kerana, jelasnya, jarak yang lebih jauh antara sekolah dengan rumah bermakna pilihan pengangkutan yang terhad bagi anak-anak mereka.
PORTAL PENDAFTARAN DARJAH 1
Portal Pendaftaran Darjah 1 akan dilancarkan pada 4 Julai dan boleh diakses melalui laman pendaftaran Darjah 1 MOE.
Ibu bapa boleh log masuk ke dalam portal tersebut untuk melihat fasa dan senarai sekolah yang layak bagi mendaftarkan anak mereka. Mereka juga boleh menggunakan portal itu untuk mendaftarkan anak mereka ke dalam sekolah pilihan apabila fasa di mana anak mereka layak sudah dibuka buat pendaftaran, menurut MOE.
Akaun Singpass yang sah dengan Pengesahan 2 Faktor (2FA) diperlukan untuk log masuk ke dalam portal pendaftaran Darjah 1.
Ibu bapa dinasihati supaya melaksanakan Singpass 2FA lebih awal dan memastikan bahawa akaun Singpass mereka masih sah digunakan sebelum bermulanya Latihan Pendaftaran Darjah 1, tambah MOE.
Hanya ibu atau bapa dikehendaki untuk log masuk dan menyerahkan pendaftaran melalui portal tersebut.
Ibu bapa yang memerlukan bantuan ketika membuat pendaftaran boleh menghubungi pihak sekolah pilihan mereka melalui e-mel atau telefon pada hari pendaftaran yang ditetapkan, antara pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Pendaftaran akan ditutup pada 31 Oktober.
TAPAK SEMENTARA SEKOLAH (RENDAH) ST MARGARET
Sekolah St Margaret (Sekolah Rendah) buat masa ini terletak di sebuah tapak sementara di Mattar Road sedang tapak tetapnya menjalani kerja-kerja naik taraf, menurut MOE.
Disebabkan kelengahan pada projek naik taraf tersebut, sekolah itu akan terus beroperasi dari tapak sementara selama setahun lagi sehingga Disember 2024, tambah MOE.
PENDAFTARAN BAGI PELAJAR ANTARABANGSA
Pelajar antarabangsa boleh membuat pendaftaran untuk kemasukan ke Darjah 1 di bawah Fasa 3, selepas semua rakyat dan penduduk tetap Singapura sudah diberikan tempat di bawah fasa-fasa lebih awal.
Mereka perlu menyerahkan borang "pernyataan minat" secara online melalui laman pendaftaran, antara pukul 9.00 pagi pada 30 Mei hingga 4.30 petang pada 5 Jun.
Mereka yang tidak melakukan demikian sebelum tanggal 5 Jun tidak boleh mendaftar apabila Fasa 3 dibuka.
Ibu bapa kepada pelajar antarabangsa yang menyatakan minat mereka akan dimaklumkan melalui e-mel selewat-lewatnya pada hujung Oktober sama ada anak mereka boleh ditawarkan sebuah tempat di sekolah rendah. Jika mereka ditawarkan tempat, ibu bapa kanak-kanak itu akan dimaklumkan tentang cara-cara untuk mendaftar dengan sekolah yang ditetapkan.
Mana-mana pendaftar yang didapati memberi maklumat palsu semasa latihan pendaftaran akan diserahkan kepada polis bagi siasatan, menurut MOE.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.