Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran Darjah 1: 33 sekolah terlebih daftar bagi Fasa 2A

Sebanyak 33 sekolah rendah yang menerima pendaftaran melebihi peruntukan akan menjalankan undian bagi Fasa 2A urusan pendaftaran Darjah 1, menurut data Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran Darjah 1: 33 sekolah terlebih daftar bagi Fasa 2A

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Sebanyak 33 sekolah rendah yang menerima pendaftaran melebihi peruntukan akan menjalankan undian bagi Fasa 2A urusan pendaftaran Darjah 1, menurut data Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (14 Jul).

Permohonan di bawah Fasa 2A ditutup pada 4.30 petang Jumaat lalu (8 Jul) dan data mengenai jumlah pendaftaran bagi setiap sekolah dikeluarkan pada Khamis.

Ini adalah tahun pertama perubahan pada urusan pendaftaran Darjah 1 dilancarkan. Fasa 2A(1) dan Fasa 2A(2) kini digabungkan untuk menjadi Fasa 2A tunggal.

Tahun ini, 33 sekolah menyaksikan terlebih pendaftaran bagi Fasa 2A.

Tahun lalu, 17 sekolah menerima pendaftaran melebihi jumlah peruntukan tempat kosong selepas Fasa 2A(2).

Sekolah-sekolah rendah terlebih pendaftaran bagi Fasa 2A
Sekolah Rendah Pei Hwa Presbyterian
Sekolah Rendah Gongshang
Sekolah Rosyth
Sekolah Rendah Riverside
Sekolah Red Swastika
Sekolah Rendah Punggol Green
Sekolah Rendah Nan Hua
Sekolah Rendah Princess Elizabeth
Sekolah Rendah Westwood
Sekolah Rendah St. Hilda's
Sekolah Tinggi Catholic High (Bahagian Rendah)
Sekolah Ai Tong
Sekolah Rendah Oasis
Sekolah Rendah Frontier
Sekolah Methodist Girls' (Rendah)
Sekolah Rendah Henry Park
Sekolah Rendah Temasek
Sekolah Rendah West Spring
Sekolah Rendah Punggol View
Sekolah CHIJ St. Nicholas Girls (Bahagian Rendah
Sekolah Rendah Chongzheng
Sekolah Rendah South View
Sekolah Awam Pei Chun
Sekolah Rendah Rulang
Sekolah Rendah Nanyang
Sekolah Rendah Holy Innocents
Sekolah Rendah Horizon
Sekolah Rendah Radin Mas
Sekolah Fairfield Methodist (Rendah)
Sekolah Rendah Northland
Sekolah Rendah Perempuan Cina Singapura
Sekolah Rendah Wellington
Sekolah Rendah Yu Neng

Fasa 2A(1) dibuka kepada kanak-kanak yang ibu bapa atau adik-beradik mereka merupakan bekas murid di sekolah rendah berkenaan, termasuk mereka yang merupakan anggota persatuan alumni sekolah.

Ia juga bagi kanak-kanak yang ibu bapanya adalah anggota kakitangan di sekolah berkenaan atau anggota jawatankuasa penasihat atau jawatankuasa pengurusan sekolah.

Kanak-kanak yang menghadiri tadika MOE yang ditempatkan di sekolah rendah berkenaan dan berada di bawah naungannya juga boleh memohon bagi Fasa 2A.

Sekolah rendah yang menyaksikan jumlah pendaftaran melebihi tempat kosong yang tertinggi bagi Fasa 2A tahun ini adalah Pei Hwa Presbyterian, dengan 112 pemohon merebut 44 tempat kosong.

Sekolah Rendah Gongshang menerima 116 permohonan bagi 56 tempat kosong manakala Rosyth pula menerima 113 permohonan bagi 73 ruang untuk Darjah 1.

PERUBAHAN PADA URUSAN PENDAFTARAN

Di bawah perubahan baru pada urusan pendaftaran Darjah 1, 40 tempat kosong boleh diperuntukkan bagi Fasa 2C untuk setiap sekolah rendah, naik berbanding 20 ruang kosong sebelum ini.

Fasa 2B akan terus menyediakan 20 tempat kosong. Ini bermakna 60 tempat kosong diperuntukkan bagi fasa-fasa selanjutnya dalam 2B dan 2C.

Fasa 2A(1) dan Fasa 2A(2) digabungkan untuk memastikan semua pemohon di bawah Fasa 2A(2) terus berpeluang untuk mendaftar di bawah Fasa 2A, menurut MOE dalam lamannya.

Tahun lalu, lima sekolah tidak lagi mempunyai sebarang tempat kosong selepas Fasa 2A(1) berakhir.

“Kenaikan pada tempat kosong yang disimpan untuk Fasa 2C akan mengakibatkan ruang kosong lebih berkurangan bagi fasa-fasa awal. Jika kami terus mengekalkan perbezaan keutamaan antara pendaftar Fasa 2A(1) dengan Fasa 2A(2), kami menjangkakan beberapa sekolah akan berakhir dengan kurang atau bahkan tiada tempat kosong langsung untuk pendaftar Fasa 2A(2)," jelas laman tersebut.

Ia juga dapat mencapai lebih baik matlamat untuk menyediakan kemasukan keutamaan untuk kanak-kanak tadika MOE, yang sebelum ini hanya layak bagi Fasa 2A(2), tambah kementerian itu.

Bagi sekolah-sekolah yang masih ada ruang kosong selepas Fasa 2A, sepertiga daripada baki tempat kosong itu akan diperuntukkan bagi Fasa 2B dan dua pertiga pula untuk Fasa 2C.

Semua kanak-kanak yang mendaftar di bawah Fasa 1, khusus buat mereka yang mempunyai adik-beradik di sekolah berkenaan, akan dijamin tempat. Pendaftaran Fasa 1 sudahpun ditutup pada 30 Jun.

Pendaftaran di bawah Fasa 2B bermula pada 9.00 pagi, 19 Julai dan ditutup pada 4.30 petang, 20 Julai.

Fasa itu dibuka kepada kanak-kanak yang ibu bapanya adalah relawan bersama sekolah rendah berkenaan tidak lewat dari 1 Julai serta sudah menyumbangkan sekurang-kurangnya 40 jam khidmat sukarela kepada sekolah itu menjelang 30 Jun.

Kanak-kanak yang ibu bapanya adalah seorang ahli yang disokong oleh gereja berkenaan atau persatuan yang terkait secara langsung dengan sekolah rendah berkenaan juga boleh memohon dalam Fasa 2B, sebagaimana pelajar yang ibu bapanya disahkan sebagai seorang pemimpin masyarakat yang aktif.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan