Pendaftaran bagi program aLIVE 2023 kini dibuka
Anggaran Waktu Membaca:

Para pelajar kembali menghadiri kelas madrasah aLIVE di masjid. (Gambar: MUIS/Facebook)
BERITAmediacorp: Pendaftaran kini dibuka bagi program aLIVE di madrasah-madrasah masjid di Singapura pada tahun depan.
Ia bagaimanapun dibuka secara berperingkat bagi masjid-masjid di seluruh Singapura.
Setakat ini, 12 masjid sudahpun membuka pendaftaran bagi program aLIVE.
Ini termasuk tiga masjid di bahagian timur - Darul Aman, Haji Mohd Salleh (Geylang) dan Kampong Siglap - dan tiga masjid di bahagian selatan - Abdul Gafoor, Al-Amin dan Mujahidin - pada 1 Oktober.
Enam lagi masjid di bahagian utara Singapura - Ahmad Ibrahim, Al-Istiqamah, Alkaff Upper Serangoon, Haji Yusoff, Hajjah Rahimabi dan Yusof Ishak - membuka pendaftarannya pada 3 Oktober lalu.
Pendaftaran bagi program aLIVE di 25 masjid lain akan dibuka pada 12 dan 15 Oktober.
Perincian lanjut boleh didapati di sini.
Subsidi Dana Pendidikan Islam (IEF) juga akan disediakan bagi mereka yang layak, menurut aLIVE dalam catatannya di laman Facebook.
Program aLIVE terdiri daripada empat komponen, iaitu Tauhid dan Fiqh, Akhlak dan Kemahiran Hidup, Sirah dan Tamadun Islam, Pengajian dan Pemahaman Al-Quran.
Program pendidikan Islam secara holistik itu disediakan bagi para pelajar berusia lima hingga 20 tahun.
Mereka yang berminat boleh mendaftar dan mendapatkan butiran lanjut di learnislam.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.