Skip to main content

Singapura

Pendaftaran bagi kelas-kelas pengayaan naik seganda pada Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jun 2025 08:25PM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 11:11PM
SINGAPURA: Pengendali-pengendali program-program pengayaan menyatakan, jumlah pendaftaran naik seganda bagi musim cuti sekolah Jun ini.

Syarikat-syarikat itu menyatakan, ia dirangsang oleh langkah ibu bapa yang lebih mengawal perbelanjaan pelancongan,
serta keinginan untuk memastikan anak-anak mereka terdedah kepada pelbagai jenis pengalaman.

Ada yang pada usia muda menyertai kelas robotik dan kelas pidato umum.

itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar untuk menimba kemahiran baharu.

Lebih 70 pelajar sudah berdaftar untuk kelas- kelas, di mana mereka akan mempelajari cara-cara membina, mengekod dan menggerakkan robot.

"Saya tidak rasa terlalu tertekan kerana robotik adalah hobi. Malah, saya yang minta untuk belajar robotik. Memang sedikit tertekan kerana jadual saya sudah agak padat kerana saya ada beberapa kelas tuisyen dan kemudian saya juga ada kelas tambahan yang perlu saya hadiri selepas sekolah

"Tetapi secara keseluruhannya, saya fikir selepas tiga bulan ini, selepas berakhirnya PSLE ​​dan prelim, saya akan rasa kurang tertekan," Kata Woo Yu Heng, pelajar School of Robotics.

Menurut School of Robotics, pendaftaran bagi programnya pada musim cuti bulan Jun meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Lebih separuh daripadanya, yang ditawarkan cawangannya di Bukit Timah, penuh pada minggu kedua bulan Mei.

Sebuah penyedia program cuti sekolah bagi prasekolah juga menyaksikan peningkatkan pada jumlah pendaftaran bagi programnya.

Hampir 500 pelajar antara usia tiga hingga enam tahun sudah mendaftarkan diri bagi kelas robotik dan berpidato umum, dengan jumlahnya naik seganda berbanding Jun tahun lalu.

Keutamannya - adalah untuk memastikan kanak-kanak berseronok sambil belajar kemahiran yang dapat diamalkan di sekolah dan kehidupan mereka.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita