Pencuci mulut hidangan Johnathan Chew tambat hati pengadil peringkat akhir MasterChef S'pore
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Sesiapa sahaja yang mengikuti musim ketiga peraduan memasak MasterChef Singapore akan tahu bahawa persaingan memang sengit sejak hari pertama peraduan itu.
Ia berlarutan sehingga ke peringkat akhir pada Ahad (3 Jul) di mana Johnathan Chew, 23 tahun menang tipis ke atas pesaingnya, S Nareskanna (lebih dikenali sebagai Nares), 32 tahun untuk menjuarai peraduan tersebut.
Di peringkat akhir, ketiga-tiga finalis termasuk Azwandi ‘Andi’ Robani, 41 tahun, diberikan kebebasan untuk mencipta tiga hidangan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.
Hidangan guru seni, Encik Azwandi, iaitu Salmon In A Basket (laksa salmon dengan sambal tumis dan acar) bagaimanapun kurang menyerlah kepada para pengadil - Audra Morrice, Bjorn Shen dan Damian D’Silva - mengakhiri perjalanannya dalam peraduan itu sebelum sampai ke pusingan pencuci mulut.
Kedua-dua finalis, Encik Chew dan Encik Nares kemudian berentap untuk menghasilkan hidangan pencuci mulut. Pusingan terakhir itu lebih sengit berbanding pusingan sebelumnya dengan tekanan lebih hebat terhadap kedua-dua finalis.
Meskipun para juri memberikan maklum balas yang positif kepada kedua-dua hidangan pencuci mulut itu, tart mangga Encik Chew mendapat markah yang lebih tinggi.
Tiga hidangan Encik Chew memberikannya 76.5 mata secara keseluruhannya berbanding pesaingnya, Encik Nares yang meraih 75 markah.
Dengan itu, beliau dinobat juara MasterChef Singapore bagi musim ini.
Selain mendapat gelaran juara MasterChef Singapore, Encik Chew turut membawa pulang hadiah bernilai lebih S$100,000. Ini termasuk wang tunai S$17,000, tawaran untuk melancarkan buku dengan Marshall Cavendish dan peluang untuk menjalani latihan amali dengan pasukan cef selebriti, Gaggan Anand.
"Saya sangat berbesar hati menjadi juara MasterChef Singapore. Keyakinan saya terhadap kebolehan saya telah meningkat dengan ketara. Saya juga telah menimba begitu banyak kemahiran baru melalui perjalanan saya dalam MasterChef," kata Encik Chew dalam kenyataannya.
"Trofi ini akan mendorong saya untuk mengejar semua impian makanan saya yang lain - seperti membuka kedai roti dengan ibu saya, yang saya rasa kini dalam jangkauan," tambah beliau.
"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Johnathan atas kemenangannya dalam MasterChef Singapore! Anda berjaya memperlihatkan kehebatan anda di depan khalayak ramai malam ini dan anda menjadi inspirasi kepada semua yang turut bercita-cita untuk menjadi cef," kata Angeline Poh, Ketua Pegawai Pelanggan & Pembangunan Korporat, Mediacorp.
"Kepada Andi dan Nares, anda juga sudah bersaing dengan cukup hebat dan harus berbangga dengan pencapaian anda. Ini satu lembaran baru kepada kerjaya anda! Kepada para penaja dan rakan-rakan kongsi kami, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana turut serta menjayakan musim yang hebat buat para penonton kami," tambah beliau.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.