Pencipta OnlyFans Titus Low dipenjara kerana ingkar arahan polis, muat naik bahan lucah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: @titusslow/Instagram)
SINGAPURA: Pencipta kandungan Titus Low Kaide dikenakan hukuman denda S$3,000 pada Rabu (12 Okt) kerana memuat naik gambar dan video lucah di wadah dalam talian OnlyFans.
Low juga dikenakan hukuman penjara tiga minggu kerana mengakses laman web tersebut, meskipun diarahkan untuk tidak berbuat sedemikian.
Low, 22 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan gagal mematuhi arahan polis kerana mengakses akaun OnlyFansnya apabila sedang disiasat dan dilarang berbuat sedemikian.
Dia turut mengaku bersalah atas tuduhan kedua kerana memuat naik gambar dan video lucah di akaun OnlyFansnya.
Tiga lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Low memulakan akaun OnlyFans pada April 2021.
Antara April dengan Oktober 2021, Low meraih keuntungan lebih S$345,500 daripada wadah tersebut, selepas potongan cukai.
Low mempunyai lebih 1,900 pelanggan aktif setakat Oktober 2021, dan juga lebih 4,000 pelanggan yang sudah tamat tempoh langganannya.
Siasatan terhadap Low bermula apabila seorang individu membuat aduan polis pada September 2021, setelah menemui video lucah Low dalam telefon anak saudaranya yang berusia 12 tahun.
Polis mengambil kenyataan Low dan memberitahunya supaya jangan mengakses akaun OnlyFans dan akaun e-mel yang dihubungkan dengan akaunnya itu.
Low menyerahkan kata kuncinya, tetapi tidak memberitahu polis bahawa dia mempunyai satu lagi akaun e-mel yang dihubungkan dengan akaun OnlyFans tersebut.
Setelah polis menukar kata kuncinya, Low menghubungi khidmat bantuan OnlyFans dan berjaya mengakses akaun itu dengan mendakwa akaunnya telah digodam.
Low kemudian memuat naik gambar dan video lucah lain bagi pelanggannya.
Pencabulan itu terbongkar apabila pegawai siasatan cuba mengakses akaun OnlyFans milik Low.
Kata kunci ditukar lagi, tetapi Low menghubungi OnlyFans untuk mendapatkan akses kepada akaunnya sekali lagi.
Dia berjaya dan kembali memuat naik rakaman lucah.
Kesalah memuat naik bahan lucah secara elektronik membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Kerana gagal mematuhi arahan supaya tidak mengakses akaun OnlyFans, Low boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.