Skip to main content

Singapura

Pencarum CPF boleh dapat bayaran pukal melalui PayNow

Agensi-agensi awam akan mula menggunakan PayNow, yang dilancarkan pada 2017 untuk membolehkan pemindahan dana dengan mudah dan segera.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencarum CPF boleh dapat bayaran pukal melalui PayNow

(Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 01 Mar 2018 06:00PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 06:02PM

SINGAPURA: Agensi-agensi awam akan mula menggunakan PayNow, yang dilancarkan pada 2017 untuk membolehkan pemindahan dana dengan mudah dan segera.

Ini termasuk Tabung Simpanan Pekerja (CPF), menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Vivian Balakrishnan, di Parlimen hari ini (1 Mac).

Semasa membahaskan peruntukan bagi Pejabat Perdana Menteri, Dr Balakrishnan menyentuh tentang usaha Pemerintah untuk mengurangkan penggunaan wang tunai.

Beliau berkata ia "bukanlah tanpa tunai semata-mata" dan "tentu sekali bukan untuk mengumpul cukai".

Beliau merujuk kepada CPF sebagai contoh, sambil berkata agensi itu akan membolehkan para pencarum CPF yang berusia 55 tahun dan ke atas untuk menerima sekaligus wang yang dikeluarkan menggunakan PayNow pada bulan ini.

Ini, tambah beliau, akan membolehkan wang tersebut dipindahkan pada hari yang sama dan bukan seperti tempoh menunggu sekarang, iaitu selama lima hari biasa.

Pada bulan Januari, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan ia akan merintis penggunaan PayNow tahun ini - pada bulan April dan September - untuk mengagihkan dana Anugerah Edusave kepada para pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik.

PayNow Corporate juga akan dilancarkan tahun ini dan syarikat-syarikat perusahaan akan dapat menghubungkan akaun bank mereka dengan nombor entiti unik (UEN) mereka dan menggunakan khidmat itu untuk membayar perusahaan lain.

Para pelanggan juga boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran, kata Dr Balakrishnan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita