Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencarian warga S'pura yang hilang semasa berkayak kini tertumpu ke pesisir pantai

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing, Johor yang masuk hari ke-10 hari ini (18 Ogos) diteruskan dengan sektor pencarian seluas 100 batu nautika persegi dari pesisir pantai Merchang, Marang hingga ke muara Kuala Terengganu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencarian warga S'pura yang hilang semasa berkayak kini tertumpu ke pesisir pantai

Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 03:52PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 04:00PM

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing, Johor yang masuk hari ke-10 hari ini (18 Ogos) diteruskan dengan sektor pencarian seluas 100 batu nautika persegi dari pesisir pantai Merchang, Marang hingga ke muara Kuala Terengganu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, keluasan pencarian hari ini diperkecilkan berbanding 300 batu nautika persegi semalam bagi memberi tumpuan pencarian di pesisir pantai.

"Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh APMM hari ini melibatkan aset laut sebanyak enam buah bot milik pelbagai agensi keselamatan yang mana berlaku pertambahan daripada jumlah aset yang digunakan berbanding empat buah bot semalam.

“Keadaan laut yang bergelora turut menyukarkan operasi pencarian yang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya seramai 80 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut sama terlibat dalam usaha pencarian yang bermula pukul 8.00 pagi tadi.

Encik Tan, 62 tahun, dan seorang lagi rakyat Singapura, Cik Puah Geok Tin, 57 tahun, dilaporkan hilang pada 8 Ogos selepas kayak yang dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan di antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang di Mersing, Johor berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Pada Rabu, mayat Cik Puah ditemukan di perairan Kuala Kemaman dan susulan penemuan itu, Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) telah diwujudkan di pejabat Zon Maritim Kemaman, sejak Khamis lepas.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan