Pencarian khidmat sosial bakal dipermudahkan dengan penggunaan AI
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Piti Srisangnam)
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh mencari khidmat sosial yang diperlukan dengan lebih mudah, melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang merintis penggunaan kaedah berasaskan bahasa dalam portal online yang menyediakan skim-skim bantuan.
Para pengguna tidak perlu mencari sendiri atau mengisi borang untuk menentukan perkhidmatan yang diperlukan.
Mereka hanya perlu menjelaskan bantuan yang diperlukan serta maklumat tentang keadaan mereka dengan menggunakan perkataan sendiri.
Wadah itu kemudian akan menyarankan skim-skim yang sesuai bagi pengguna tersebut.
Di Persidangan IBM Think, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata, AI juga digunakan untuk menapis sejumlah besar maklum balas yang diterima untuk mempertingkatkan perancangan bandar pada masa depan.

Sumber : CNA/KH/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.