Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencapaian tinggi bolehkan masyarakat Melayu/Islam buat sumbangan lebih luas kepada masyarakat SG

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmedicorp: Pencapaian tinggi masyarakat Melayu/Islam telah membolehkannya menyumbang kepada masyarakat Singapura dengan lebih luas.

Demikian ulasan lanjut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli mengenai perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Ehwal Masyarakat Islam di Parlimen pada Isnin (6 Mac)

TIGA CIRI MASYARAKAT MELAYU SG YANG TERSERLAH

Pencapaian pendidikan yang ketara, berpegang pada nilai-nilai asas yang menjadi jati diri masyarakat Melayu/Islam dan menyumbang kepada masyarakat

Tiga ciri masyarakat Melayu/Islam itu dianggap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sebagai paling menyerlah.

Menurut Encik Masagos, peningkatan dalam pendidikan melengkapi masyarakat dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi sekarang dan ia membolehkan masyarakat menjadi berdikari dan kemudian memperkasakan diri untuk berjasa kepada masyarakat.
"Alhamdulillah, begitu ramai ke depan dan mereka memberikan sumbangan bukan hanya dari segi kewangan tapi juga daripada kemahiran-kemahiran yang mereka memperolehi dari pendidikan tersebut dan kita mahu kepakaran kemahiran dan juga keperibadian kita itu terasa di peringkat nasional bukan hanya di masyarakat kita," kata beliau.

Beliau juga mengingatkan betapa kompak sosial Singapura yang kukuh membolehkan setiap warga mencapai potensi masing-masing.

"Mereka akur bukan hanya kerana kepandaian mereka sendiri. Kepintaran mereka sendiri, kebolehan mereka sendiri tapi kerana sistem yang mereka dan negara yang mereka tinggal ini membolehkan mereka mencapai potensi mereka."

"Ini kompak sosial yang sangat penting kerana dalam kerja-kerja meningkatkan lagi masyarakat adalah sesuatu yang pemerintah apa pun tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Kita perlu melibatkan aset-aset masyarakat dan juga perusahaan," jelas beliau.

Encik Masagos turut mengulas peranan penting para pemimpin agama dalam membimbing masyarakat.

"Mereka (masyarakat) perlu bimbingan dalam menjalani kehidupan agama mereka yang sesuai relevan dengan konteks tanpa melupakan akar-akar dan juga prinsip-prinsip yang telah berakar dalam agama kita.

"Sebab itulah kita perlu bangunkan gedung-gedung tersebut dan kita melihat bahawa banyak sekali bimbingan agama itu perlu diberikan mengikuti konteks dan keperluan semasa yang perlu berbeza dari waktu ke waktu dan ini memerlukan para agamawan kita supaya mereka dapat mendalami gedung-gedung ilmu yang memberatkan bagaimana untuk aplikasi ilmu mereka dalam konteks yang sesuai," kata beliau.

Usaha itu juga diharap dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan keharmonian kaum
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan