Pencapaian SG60 peluang penting rakyat hayati semula nilai teras yang dipegang
Singapura menyambut ulang tahun ke-60 pada 2025 dengan pelbagai inisiatif - daripada agihan baucar hinggalah acara di serata negara.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menyambut ulang tahun ke-60 pada 2025 dengan pelbagai inisiatif - daripada agihan baucar hinggalah acara di serata negara.
Namun sesetengah pakar percaya, pencapaian SG60 juga menjadi masa yang penting untuk rakyat menilai semula nilai-nilai teras yang akan membentuk masa depan negara.
Menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bagaikan satu tradisi bagi kebanyakan keluarga di Singapura.
Untuk Cik Siti Sa'diah Kemat sekeluarga pula, tradisi tersebut dihidupkan dari dalam perbarisan itu sendiri, selama lebih dua dekad.
"Pada tahun pertama kami ambil bahagian, semua orang jenis peramah. Ini membuat saya teringin untuk ikut serta pada setiap tahun. Jadi selepas saya ambil bahagian pada 2004, saya ajak suami saya untuk ikut serta juga," kata relawan Kontinjen Perbarisan NTUC, Cik Siti Sa'diah.
Anak pasangan tersebut turut mengikut jejak ibu bapanya setelah bertahun-tahun menyaksikan penyertaan mereka.
Encik Sha’ari Johari percaya NDP bukan sekadar satu perbarisan, tetapi kisah usaha dan pengorbanan Singapura sepanjang 60 tahun lalu.
Pengajaran tersebut juga diturunkan kepada anak-anaknya sendiri.
Encik Sha'ari menambah, ia bukan tentang saat gembira NDP sahaja, tetapi mengenai perjuangan di belakang tabir.
Tentang perjuangan dan pengorbanan dalam latihan yang menjadikan persembahan 9 Ogos tampak mudah.
Ulang tahun ke-60 Singapura turut disambut dengan pelbagai usaha di peringkat nasional.
Daripada baucar SG60 hinggalah pas kebudayaan, ada sesuatu untuk dinikmati semua.
Pakar sosiologi yang kami temui bagaimanapun menegaskan, inisiatif-inisiatif berkenaan seharusnya juga dijadikan peringatan bahawa apabila Singapura mencapai kemajuan, setiap penduduk akan dapat menikmati hasilnya.
Lebih penting lagi, tambah beliau, tahun ini menjadi satu detik penting
untuk merenung kembali nilai-nilai teras yang akan melakar hala tuju Singapura.
"Apa sebenarnya maksudnya apabila kita kata kita ini masyarakat berbilang budaya? Kalau saya ringkaskan, saya orang Singapura, jadi jangan main-main dengan saya dalam isu kaum dan agama, kan?
"Menjadi warga Singapura bermakna kita menghormati dan menerima individu daripada semua kelompok etnik, dan kita menghormati kepercayaan agama mereka. Dengan berbuat demikian, saya rasa nilai-nilai teras inilah akan menjadi asas kukuh Singapura," kata seorang ahli sosiologi dari Universiti Pengurusan Singapura, Prof Paulin Straughan.
"Dan kita terus mengingatkan diri sendiri apa maksudnya menjadi masyarakat berbilang budaya? Apa maksudnya menjadi masyarakat yang inklusif?
"Lalu kita terus berusaha ke arah itu, untuk ulang tahun ke 70, 100, mungkin juga 200," tambah beliau.
Pada masa yang sama, Profesor Paulin turut berharap usaha memperkasa warga emas dapat diperkukuh sedang Singapura menua dengan pesat.
Golongan itu, katanya, mampu menjadi tunggak sokongan sosial dalam masyarakat kita.
Sebagaimana yang ditunjukkan keluarga Cik Siti Sa'diah merentasi generasi, semangat itulah yang diharap terus memacu Singapura ke depan.

Sumber : CNA/AQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.