Skip to main content

Singapura

Pencapaian Madrasah Aljunied bagi IB kukuhkan visi pupuk ulama yang mampu harungi cabaran moden: Faishal

Anggaran Waktu Membaca:
Pencapaian Madrasah Aljunied bagi IB kukuhkan visi pupuk ulama yang mampu harungi cabaran moden: Faishal
15 penuntut Madrasah Aljunied Al-Islamiah berjaya lulus dalam IB. (Gambar: MUIS) 
Diterbitkan : 18 Dec 2025 04:09PM Dikemas Kini : 18 Dec 2025 04:20PM
  • Kelulusan penuh para penuntut Madrasah Aljunied Al-Islamiah dalam International Baccalaureate disifatkan Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim sebagai satu pencapaian signifikan.
  • "Pencapaian ini mengukuhkan visi kami untuk memupuk para ulama dan pemimpin agama yang boleh mengharungi cabaran dunia moden tanpa mengabaikan pegangan teguh terhadap nilai-nilai Islam," kata Dr Faishal.
  • "Saya yakin bahawa sistem pendidikan madrasah telah menyediakan para graduan dengan asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian di universiti Islam tradisional mahupun institusi pengajian tinggi lain, membuka pelbagai laluan bagi mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara," tambah Dr Faishal.
  • Dr Faishal turut melahirkan penghargaan kepada keluarga-keluarga pelajar dan guru-guru mereka yang telah membimbing dan menyokong pelajar dalam arus pendidikan mereka.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Kelulusan penuh para penuntut Madrasah Aljunied Al-Islamiah dalam International Baccalaureate disifatkan Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim sebagai satu pencapaian signifikan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar IBDP yang menerima keputusan mereka hari ini (18 Dis).

"Pencapaian ini mengukuhkan visi kami untuk memupuk para ulama dan pemimpin agama yang boleh mengharungi cabaran dunia moden tanpa mengabaikan pegangan teguh terhadap nilai-nilai Islam," kata Dr Faishal.

"Saya yakin bahawa sistem pendidikan madrasah telah menyediakan para graduan dengan asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian di universiti Islam tradisional mahupun institusi pengajian tinggi lain, membuka pelbagai laluan bagi mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara," tambahnya.
Dalam catatannya di Facebook hari ini (18 Dis), Dr Faishal juga berkata beliau bangga dengan kerja keras dan keazaman kesemua 15 penuntut itu.

"Dalam mereka memulakan fasa seterusnya dalam perjalanan pendidikan mereka, saya teruja untuk melihat bagaimana mereka akan berkembang dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat Muslim Singapura dan selanjutnya," kata Dr Faishal.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada keluarga-keluarga pelajar dan guru-guru mereka yang telah membimbing dan menyokong pelajar dalam arus pendidikan mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita