Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencapaian cemerlang LTA Iffa Daniesha menjadi kebanggaan masyarakat Melayu SG, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Pencapaian cemerlang LTA Iffa Daniesha menjadi kebanggaan masyarakat Melayu SG, kata Presiden Halimah

(Gambar: Halimah Yacob/Facebook)

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam sudah lama menunggu untuk menyaksikan anak Melayu meraih pencapaian yang luar biasa dan membanggakan ini.

Leftenan (LTA) Iffa Daniesha Mohamad Raihan Hafidz, 24 tahun, adalah wanita Melayu pertama ditauliahkan sebagai Pegawai Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Beliau adalah antara lebih 400 pegawai pelatih yang menerima pentauliahan tersebut pada Sabtu (10 Dis).

Pencapaian cemerlang Leftenan Iffa Daniesha turut mendapat perhatian dan pujian Presiden Halimah Yacob.

Dalam catatan Facebooknya pada Ahad (11 Dis), Presiden Halimah turut menyifatkan Leftenan Iffa Daniesha sebagai peran contoh dan teladan yang baik kepada semua anak perempuan dan gadis di Singapura.
Leftenan Iffa Daniesha adalah pegawai sepenuh masa bersama RSN.

Para pegawai lain yang turut ditauliahkan termasuklah lulusan daripada Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Selepas menamatkan latihan selama 38 minggu, mereka diberi pedang kehormatan serta surat perlantikan sebelum memulakan tugas masing-masing.
Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan