Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencalonan NMP dibuka mulai 26 Okt

Orang ramai dipelawa menyarankan nama calon bagi Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang akan datang mulai Isnin (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan NMP dibuka mulai 26 Okt

(Gambar: Parliament of Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 25 Oct 2020 09:25PM Dikemas Kini : 25 Oct 2020 09:29PM

SINGAPURA: Orang ramai dipelawa menyarankan nama calon bagi Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang akan datang mulai Isnin (26 Okt).

Borang pencalonan boleh didapatkan melalui laman Parlimen (www.parliament.gov.sg), kata Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen dalam satu kenyataan pada Ahad (25 Okt). Pencalonan ditutup pada 4.30 petang, 23 November.

Mereka yang dicalonkan itu haruslah seseorang yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mengharumkan nama Singapura atau mencipta nama dalam bidang-bidang seni dan sastera, sukan, budaya, sains, keusahawanan, industri, profesional dan khidmat sosial atau masyarakat serta pergerakan buruh.

Di bawah Perlembagaan, calon-calon NMP mestilah rakyat Singapura yang sudah mencapai usia 21 tahun dan tinggal di Singapura selama 10 tahun yang lalu.

Hanya nama calon yang layak akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen untuk dipertimbangkan, menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa lapan anggota itu dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin serta Anggota-anggota Parlimen Encik Chan Chun Sing, Encik Gan Kim Yong, Cik Gan Siow Huang, Cik Indranee Rajah, Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Leon Perera dan Dr Vivian Balakrishnan.

Jawatankuasa tersebut kemudian akan mencalonkan nama itu kepada Presiden Halimah Yacob. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan