Skip to main content

Singapura

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2024

(Ihsan: Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Diterbitkan : 02 Feb 2024 02:28PM

SINGAPURA: Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2024 dibuka dari 2 Februari hingga 1 April ini.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (2 Feb).

Dalam kenyataan medianya, MOE mempelawa para pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai untuk mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi AGAB 2024.

Dianjurkan bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC), AGAB mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu dari sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan Institut Millenia yang memberi sumbangan besar kepada pengajaran Bahasa Melayu.

Calon dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk menyemai ilmu pengetahuan, kemahiran dan minat  dalam pembelajaran Bahasa Melayu, sastera dan budaya, serta jagaan dan  keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan para pelajar.

Satu lagi kriteria adalah kebolehan mereka untuk menunjukkan nilai murni Arif Budiman, seorang yang berilmu dan menyumbang kepada masyarakat melalui khidmat cemerlang dan wajar dicontohi sebagai seorang pendidik.

Bagi tahun 2024, anugerah akan diberikan kepada dua kategori yakni  Motivasi bagi guru dengan kurang 10 tahun dalam perkhidmatan pendidikan, serta Peran Contoh bagi guru dengan pengalaman 10 tahun dan ke atas.

Borang pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman boleh dimuat turun dari www.mbms.sg, www.mllpc.sg, dan www.beritaharian.sg.

Pencalonannya juga boleh dibuat secara online melalui https://go.gov.sg/agab2024.

Penerima anugerah akan diumumkan pada November tahun ini.

Sejak dirasmikan pada 2007, AGAB sudah mengiktiraf 77 guru Bahasa Melayu sekolah rendah, menengah dan prauniversiti.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita