Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencalonan CPF kini boleh dilakukan secara online dengan SingPass

Pencalonan CPF kini boleh dilakukan secara online dengan menggunakan SingPass.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan CPF kini boleh dilakukan secara online dengan SingPass

Gambar fail bangunan Tabung Simpanan Pekerja. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 05:31PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 05:32PM

SINGAPURA: Pencalonan CPF kini boleh dilakukan secara online dengan menggunakan SingPass.

Para pencarum CPF juga hanya perlu menyediakan maklumat peribadi dan nombor telefon dua orang saksi. Mereka boleh terdiri daripada kalangan rakan atau saudara.

Para saksi kemudian akan menerima pemberitahuan melalui emel atau SMS untuk mengesahkan pencalonan itu.

Lebih 900 pencarum sudah menggunakan khidmat berkenaan sejak ia disediakan di laman CPF pada Januari.

Pencalonan CPF menentukan siapakah yang akan mendapat simpanan CPF seseorang selepas kematian. Jika tiada pencalonan dibuat, simpanan wang itu tidak boleh dituntut.

S$211 juta tidak dituntut pada tahun 2018 dengan lebih daripada separuh adalah wang simpanan CPF.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan