Penasihat kerjaya kini berpeluang lakar pembangunan profesional untuk diri sendiri
Workforce Singapore (WSG) pada Isnin (27 Ogos) melancarkan rangka kerja bagi karyawan kerjaya untuk membangunkan keupayaan mereka dan atas usaha itu turut diiktiraf atas kebolehan tersebut.
Orang ramai di pusat kewangan Raffles Place di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Mereka menyara kehidupan dengan membantu para individu mencari pekerjaan yang bermakna dan membangunkan kerjaya mereka.
Sekarang pula, para pengamal dan penasihat kerjaya akan melakar pelan pembangunan kerjaya mereka sendiri, yang akan memprofesionalkan kerja-kerja yang dilakukan.
Workforce Singapore (WSG) pada Isnin (27 Ogos) melancarkan rangka kerja bagi karyawan kerjaya untuk membangunkan keupayaan mereka dan atas usaha itu turut diiktiraf atas kebolehan tersebut.
Bakal diperkenalkan dalam masa dua tahun mendatang, Rangka Kerja Pembangunan Kerjaya menyediakan empat peringkat pensijilan yang boleh disasarkan oleh penasihat kerjaya serta program-program yang dapat membantu mereka mencapai matlamat tersebut.
Sekitar 150 jurulatih kerjaya dari WSG Career Connect dan pusat-pusat e2i NTUC serta lebih 90 kaunselor pendidikan dan bimbingan kerjaya di sekolah menengah, maktab rendah dan institusi posmenengah dijangka memanfaatkan rangka kerja ini.
"Sekitar lima hingga 10 tahun lalu, ini satu kerjaya baru di Singapura ... Namun hari ini, kita berhasil membangunkan ramai karyawan kerjaya," kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di pelancaran rangka kerja tersebut hari ini (27 Ogos).
"Sedang ekonomi disusun semula dan tenaga kerja menyesuaikan diri, peranan karyawan kerjaya menjadi lebih penting. Kita perlu mengiktiraf peranan kritikal mereka dalam membantu pekerja beralih dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan yang lain," tambah Cik Teo.
Majlis pelancaran dihadiri sekitar 300 karyawan kerjaya termasuk pengamal kerjaya, penasihat kerjaya, pengamal tenaga manusia serta kaunselor pendidikan dan bimbingan kerjaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.