Skip to main content

Singapura

Penangguhan projek Kereta Api Laju KL-S'pura (HSR) pamerkan fahaman mendalam dua hala

Penangguhan projek Kereta Api Laju KL-Singapura (HSR) menggambarkan hubungan dan kerjasama dua hala yang positif di antara kedua-dua negara. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penangguhan projek Kereta Api Laju KL-Singapura (HSR) menggambarkan hubungan dan kerjasama dua hala yang positif di antara kedua-dua negara.

Demikian menurut seorang pengamat hubungan Singapura-Malaysia dari ISEAS, Dr Mustafa Izzuddin, sambil menambah perkembangan terbaru itu juga menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi antara pemimpin kedua-dua negara.

Dengan keadaan domestik Malaysia masih lagi dalam tahap permulaan setelah melalui fasa kerajaan baru keputusan yang dimeterai oleh kedua-dua Singapura dan Malaysia untuk menangguhkan pembinaan projek HSR sehingga akhir Mei 2020 mempamerkan fahaman mendalam dua hala terhadap isu domestik.

Menurut Dr Mustafa hasil yang diraih dari hubungan rapat ini memberikan kesan jangka masa panjang, termasuk kerjasama lebih rancak antara kedua-dua negara menjangkau pelbagai segmen ekonomi.

"Untuk saya penangguhan HSR ini adalah kejayaan cemerlang, dan ia akan memberikan manfaat yang baik kepada kedua-dua negara, ia juga memberikan peluang untuk pemerintah, Malaysia dan Singapura, dan juga pemimpin kedua-dua negara untuk melihat isu-isu yang lain, aspek-aspek yang juga penting atau lebih penting dari projek HSR, mereka boleh berunding, berbincang dan juga mengatasi apa-apa masalah dalam hubungan dua hala ini," kata Dr Mustafa.

Zamil penyelidik ISEAS ini berpendapat walaupun jika projek HSR akhirnya dibatalkan selepas tamat tempoh dua tahun, hubungan dua hala Singapura dan Malaysia tetap kekal rapat.

Ini berdasarkan kerjasama positif sejak kebelakangan ini.

"Walaupun projek HSR ini sudah ditangguhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura tidak terjejas, masih erat dan saya rasa pada masa depan oleh kerana ada suasana diplomasi positif ini saya rasa membolehkan hubungan antara Malaysia dan Singapura lebih erat lagi," kata Dr Mustafa lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita