Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penangguhan kereta api di stesen Clementi pada lewat petang

Para penumpang di Laluan Timur-Barat (EWL) melaporkan bahawa perjalanan mereka tertangguh, lewat petang tadi (22 Nov), dengan ada yang melaporkan tentang pengumuman mengenai kerosakan landasan berdekatan stesen MRT Clementi.

Anggaran Waktu Membaca:
Penangguhan kereta api di stesen Clementi pada lewat petang

Suasana di sekitar stesen MRT Buona Vista. (Gambar: Winston)

Diterbitkan : 22 Nov 2017 08:39PM Dikemas Kini : 22 Nov 2017 08:42PM

SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Timur-Barat (EWL) melaporkan bahawa perjalanan mereka tertangguh, lewat petang tadi (22 Nov), dengan ada yang melaporkan tentang pengumuman mengenai kerosakan landasan berdekatan stesen MRT Clementi.

"Saya terdengar di interkom mengenai kerosakan landasan berdekatan Clementi dan (pengumuman) untuk menjangkakan tambahan 10 minit kepada perjalanan ke Jurong," kata seorang penumpang bernama Alvin Chong.

Para penumpang yang lain kemudian melaporkan tentang pengumuman tambahan 20 minit pula bagi perjalanan menghala ke Jurong East.

Akaun Twitter MRT Train Delays melaporkan bahawa stesen-stesen MRT antara Queenstown dengan Jurong East terjejas.

Sementara itu, ada penumpang pula yang merungut tentang kekurangan maklumat terkini daripada akaun media sosial SMRT.

Pada 7.10 malam, masih tiada pengumuman ataupun maklumat terkini di akaun Twitter SMRT.

"Ini mungkin perkara kecil berbanding apa yang berlaku beberapa hari lalu tetapi ia menunjukkan bahawa kami perlu sesuaikan diri dengan kebiasaan baru ini," kata penumpang Clement Tan, seorang karyawan perhubungan yang menaiki kereta api di kawasan pusat bisnes (CBD).

Penangguhan tersebut menyusuli beberapa insiden yang berkaitan dengan MRT sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk satu perlanggaran kereta api di stesen MRT Joo Koon yang menyebabkan 38 orang mengalami kecederaan minggu lalu dan satu takungan air sepanjang terowong Laluan Utara-Selatan Oktober lalu yang menjejas khidmat kereta api selama sekitar 20 jam.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan