Penangguhan HSR: Kepentingan kewangan Singapura 'benar-benar dilindungi' kata Dr Balakrishnan
Berhubung isu Kereta Api Laju KL-Singapura (HSR), kepentingan kewangan Singapura "benar-benar dilindungi", menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu (5 Sep).
Encik Khaw Boon Wan (kiri) dan Encik Azmin Ali (kanan) pada 5 Sep 2018 tandatangani persetujuan untuk tangguhkan projek HSR. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Berhubung isu Kereta Api Laju KL-Singapura (HSR), kepentingan kewangan Singapura "benar-benar dilindungi", menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu (5 Sep).
"Ini adalah perkembangan yang positif," kata Dr Balakrishnan dalam satu sidang media, merujuk kepada perjanjian baru HSR yang ditandatangani oleh Singapura dan Malaysia di Putrajaya beberapa jam sebelum ini, yang secara rasmi mengesahkan penangguhan projek itu menjelang akhir Mei 2020.
"Kami sudah berjaya - kedua-dua belah pihak - untuk menghormati kesucian perjanjian tersebut. Kedua, Malaysia kini mempunyai masa - sehingga dua tahun - untuk mempertimbangkan bagaimana untuk meneruskan sekiranya ia ingin diteruskan.
"Ketiga, sama pentingnya bagi kami ialah kami melindungi kepentingan kewangan kami. Kos pembatalan dan kos pampasan semuanya akan ditangani pada masa-masa yang sesuai yang dinyatakan dalam perjanjian, yang terikat secara sah."
Semasa sidang media tersebut bagi menandatangani perjanjian penangguhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean menjawab soalan mengenai keadilan kos pembatalan sebanyak S$15 juta yang Malaysia sudah bersetuju untuk membayar Singapura atas penangguhan tersebut.
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan pada Julai sudahpun mendedahkan bahawa Singapura sudah membelanjakan lebih S$250 juta bagi projek tersebut.
PENANGGUHAN LANJUT BAGI HSR TIDAK MUNGKIN
DPM Teo menyifatkan perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Rabu (5 Sep) sebagai "imbangan yang baik".
"Surat-surat sampingan membolehkan kebimbangan Malaysia ditangani sekarang. Mereka mempunyai kebimbangan kewangan dan mereka mahu mengambil kesempatan untuk menyemak semula dengan pihak mereka apa yang mereka mahu lakukan dengan HSR," katanya.
"Di pihak kami, surat sampingan mengambil kira kepentingan kami seperti yang dinyatakan dalam perjanjian dua hala. Ini adalah imbangan yang baik dan hasil yang baik untuk HSR," kata Encik Teo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.