Skip to main content

Singapura

Penanggguhan HSR: Lebih 100 pekerja S'pura ditawar kerja alternatif

Lebih 100 pekerja di sebuah syarikat prasarana yang ditubuhkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menjalankan projek Kereta Api Laju (HSR), ditawarkan pekerjaan alternatif di dalam agensi pemerintah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penanggguhan HSR: Lebih 100 pekerja S'pura ditawar kerja alternatif

Gambar fail pandangan dari atas terminal Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura di tapak Kelab Golf Jurong. (Gambar: Mugilan Rajasegeran/TODAY)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 08:03AM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 08:24AM

SINGAPURA: Lebih 100 pekerja di sebuah syarikat prasarana yang ditubuhkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menjalankan projek Kereta Api Laju (HSR), ditawarkan pekerjaan alternatif di dalam agensi pemerintah itu.

Langkah ini menyusuli pengumuman rasmi oleh Singapura dan Malaysia untuk menangguhkan kerja-kerja binaan HSR sehingga Mei 2020.

Syarikat berkenaan, SG HSR dibentuk tahun lalu untuk "membina, memiliki, membiayai dan menyenggarakan infrastruktur awam HSR di Singapura."

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SG HSR menyatakan kakitangannya "akan ditawarkan kerja alternatif di LTA" sepanjang tempoh penangguhan itu.

"Kami yakin mereka akan terus menyumbang secara efektif dalam keluarga LTA," menurut SG HSR.

Firma itu juga menyatakan bahawa ia "akan terus bekerja rapat dengan agensi-agensi pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan untuk menguruskan penangguhan (projek HSR)" - termasuk kontrak-kontrak yang sedia ada serta tender-tender yang sedang diusahakan.

"Menyusuli itu, kerja-kerja SG HSR dijangka dikurangkan sehingga projek HSR dijalankan semula," menurut syarikat itu lagi.

Sementara itu, Penguasa Tanah Singapura (SLA) menjelaskan bahawa tapak yang diperoleh bagi projek tersebut akan terus digunakan untuk tujuan yang sama jika projek itu diteruskan pada 2020. 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita