Skip to main content

Singapura

Penampilan sulung F-35B di Asia Tenggara sempena Pertunjukan Udara S’pura

Buat julung-julung kalinya, jet tersebut ditampilkan di Asia Tenggara, dengan penampilan sulungnya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Penampilan sulung F-35B di Asia Tenggara sempena Pertunjukan Udara S’pura

Jet pejuang F-35B.

Diterbitkan : 04 Feb 2018 04:29PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 04:32PM

SINGAPURA: Keghairahan menantikan Pertunjukan Udara Singapura yang bakal menjelang dalam masa beberapa hari lagi terus meningkat dengan ketibaan dua jet pejuang F-35B di Lapangan Terbang Changi petang semalam (3 Feb).

Buat julung-julung kalinya, jet tersebut ditampilkan di Asia Tenggara, dengan penampilan sulungnya di Singapura.

Jet F-35B itu berada di sini sempena pertunjukan udara yang akan bermula pada 6 Februari ini, dengan ihsan Angkatan Tentera Laut Amerika. Sesetengah angkatan tentera dan pasukan pertahanan di rantau ini turut berminat untuk membelinya.

Jet buatan syarikat Amerika, Lockheed Martin itu mampu berlepas dan mendarat tegak tanpa landasan.

Buat masa ini, belum ada mana-mana negara Asia yang memiliki jet tersebut meskipun versinya yang lebih kecil, iaitu F-35A kini digunakan oleh Jepun dan Korea.

Pertunjukan Udara Singapura yang akan bermula dalam masa dua hari lagi akan dibuka kepada orang ramai pada hujung minggu depan. 

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita