Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penamaan semula MCI cerminan peranannya dalam agensi digital SG: Josephine Teo

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata penamaan semula kementeriannya mencerminkan peranannya dalam memimpin agenda digital Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Penamaan semula MCI cerminan peranannya dalam agensi digital SG: Josephine Teo

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata penamaan semula kementeriannya mencerminkan peranannya dalam memimpin agenda digital Singapura.

Sekitar separuh daripada lebih 7,000 pegawainya tertumpu pada pembangunan khidmat digital pemerintah.

Kementerian itu akan ditukarkan namanya kepada Kementerian Pembangunan dan Penerangan Digital (MDDI) pada Julai ini.

"Bagi kita yang berkhidmat dalam sektor pemerintah, perubahan ini sebenarnya tidak mengejutkan.

"Ia pada hakikatnya adalah peralihan biasa daripada perubahan dalam skop pekerjaan kementerian yang semakin rancak," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber, Josephine Teo.

Cik Teo berkata demikian di Majlis Penganugerahan Perniagaan Singapura (SBA), di mana Charles Wong, dinamakan sebagai Ahli Perniagaan yang Terbaik.

Beliau merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Charles and Keith Group.

Cik Teo turut menekankan peri penting bagi firma-firma mendakapi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan daya penghasilan dan gaji.

"Bagi memastikan gaji median sebenar dapat meningkat akan memerlukan lebih banyak usaha.

"Dan usaha-usaha ini perlu secara kolektif membawa kepada peningkatan daya penghasilan, yang merupakan satu-satunya cara untuk mencapai pertumbuhan gaji secara berterusan," kata Cik Teo.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan