Penahanan bagi lelaki yang ikat teman wanita dengan kabel
Seorang lelaki yang mengikat teman wanitanya dengan menggunakan kabel telefon dan bertanya anak perempuannya sama ada dia boleh memperkosanya, dijatuhi hukuman penahanan pencegahan pada Jumaat (18 Jan).

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mengikat teman wanitanya dengan menggunakan kabel telefon dan bertanya anak perempuannya sama ada dia boleh memperkosanya, dijatuhi hukuman penahanan pencegahan pada Jumaat (18 Jan).
Goh Kim Seng, 52 tahun, melakukan kesalahan-kesalahan tersebut semasa dia diikat jamin bagi penglibatannya dalam satu pergaduhan di kedai kopi pada 2016.
Mahkahmah dimaklumkan bahawa Goh, yang menganggur, meminum arak dengan teman wanitanya, 54 tahun pada malam 8 Sep 2017.
Mereka pulang ke flat wanita itu yang terletak di daerah barat Singapura pada sekitar jam 3.00 pagi keesokan harinya dan tertidur.
Bagaimanapun, sekitar dua jam kemudian pada jam 5.00 pagi, Goh terjaga dan meminta teman wanitanya itu untuk memotong buah-buahan untuknya. Beliau enggan melakukannya kerana penat lalu membuat Goh marah.
Goh kemudian menggunakan beberapa kabel telefon untuk mengikat tangan dan kaki teman wanitanya, sebelum duduk di atasnya dan menampar mukanya. Dia juga menumbuk lehernya, menurut Timbalan Pendakwa Raya Angela Ang.
Teman wanitanya mengalami kecederaan di bahagian leher, muka, pergelangan tangan dan buku lalinya.
Sementara dia masih diikat, Goh mencari anak perempuan teman wanitanya, yang sedang tidur di biliknya.
Dia mengikut Goh, yang dipanggil "pakcik", ke bilik ibunya dan melihat ibunya sudah diikat.
Goh kemudian bertanya remaja itu dalam bahasa Mandarin: "Boleh saya memperkosa awak?"
Dia menjawab "tidak" dan Goh menamparnya dua kali di muka. Dia cuba melarikan diri tetapi Goh menarik rambutnya untuk menghalangnya daripada melarikan diri.
Goh melakukan kesalahan-kesalahan itu semasa dia diikat jamin atas penglibatannya dalam pergaduhan di kedai kopi.
Hakim Daerah Ng Peng Hong menjatuhkan hukuman penahanan pencegahan selama 7 tahun ke atas Goh. Penahanan pencegahan adalah hukuman berat yang meletakkan pesalah dalam penjara tujuh hingga 20 tahun, demi melindungi orang awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.