Penagih dadah yang tumbuk isteri hingga pengsan, dijel dan disebat
Seorang penagih dadah yang menganiaya isterinya berulang kali, termasuk di depan anak mereka, dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan disebat tiga kali pada Isnin (14 Jan).

(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang penagih dadah yang menganiaya isterinya berulang kali, termasuk di depan anak mereka, dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan disebat tiga kali pada Isnin (14 Jan).
Muhammad Addewandy Aziz, 32 tahun, mengaku bersalah terhadap pelbagai tuduhan berkaitan dadah dan memukul isterinya, yang mempunyai perintah perlindungan peribadi terhadap Addewandy.
Pada satu ketika, dia menumbuk isterinya begitu kuat sehinggakan beliau pengsan dan terkencing, menurut mahkamah.
Addewandy, yang menganggur didapati bersalah pada Isnin kerana mengambil dan memiliki methamphetamine, berulang kali gagal melaporkan diri untuk menjalani ujian air kencing dan mendera isterinya antara November 2017 dengan April 2018. Dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun, empat bulan dan empat minggu.
PENDERAAN BERTERUSAN MESKIPUN PPO
Mahkamah diberita bahawa isteri Addewandy, 30 tahun, diberi Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) terhadapnya pada 5 Sep, 2017.
Bagaimanapun pada November 2017, pasangan itu bergaduh dalam sebuah kereta Grab.
Addewandy menumbuk isterinya di kepala semasa mereka berada dalam kenderaan itu dan terus menumbuk dan menendang beliau meskipun setelah sampai di kolong sebuah blok HDB di Jurong West.
Isterinya membuat aduan polis keesokan harinya, tetapi tidak berjumpa doktor meskipun luka di bahagian bibir, dahi dan pergelangan tangan.
Beberapa bulan kemudian pada Februari 2018, pasangan itu bergaduh mengenai telefon mangsa di Boon Keng. Addewandy kemudian menumbuk, menendang bahagian tepi kepala isterinya menyebabkan kepala beliau terhentak di tembok. Dia juga menumbuk muka isterinya.
Dokumen mahkamah tidak mendedahkan sama ada mereka masih lagi suami-isteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.