Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemudah cara latihan dipenjara kerana salah guna skim Kredit SkillsFuture

Seorang pemudah cara latihan yang bekerja secara bebas, dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu kerana menyalah guna Skim Kredit SkillsFuture

Anggaran Waktu Membaca:
Pemudah cara latihan dipenjara kerana salah guna skim Kredit SkillsFuture

Petikan skrin laman SkillsFuture Singapore.

Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:45PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 08:47PM

SINGAPURA: Seorang pemudah cara latihan yang bekerja secara bebas, dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu kerana menyalah guna Skim Kredit SkillsFuture, menurut satu kenyataan media SkillsFuture Singapura (SSG), hari ini (31 Jul).

Joel Yeo Junwei, 35 tahun, di kalangan empat orang dari syarikat penyedia latihan, Biz HR Solutionz Pte Ltd, yang didakwa pada Julai tahun lalu kerana menyalah guna skim itu yang bertujuan menggalak pembangunan kemahiran dengan menyediakan kredit bernilai S$500 untuk kursus-kursus bagi kesemua rakyat Singapura, berusia 25 tahun ke atas.

Biz HR adalah antara tiga penyedia latihan yang digantung daripada menerima pendanaan dan geran pada 2016 oleh Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA), menyusuli satu proses audit pada tahun yang sama.

Menurut SSG, Yeo berdepan dengan 26 tuduhan kerana memalsukan rekod-rekod para peserta kursus untuk Biz HR. Yeo yang diambil bekerja pada awal 2016, melakukan pemalsuan rekod antara Februari dengan 29 Mac 2016, meskipun dia tidak menjalankan kursus-kursus tersebut.

Sesiapa yang didapati bersalah memberikan maklumat palsu kepada pihak SSG berhubung pendaftaran mereka boleh didenda sehingga S$10,000 atu dipenjara sehingga 12 bulan ataupun kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan