Skip to main content

Singapura

Pemuda S'pura ini penerima pertama dwi-biasiswa asah bakat dalam E-sukan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak usianya 10 tahun Ar Muhammad Aleef sudah mula bertanding dalam perlumbaan simulasi di merata dunia.

Pemuda berusia 23 tahun yang mewakili Team Flash itu mempunyai rekod mengagumkan selepas memenangi 30 pertandingan serta memandu dalam tiga pusingan akhir E-sukan dunia.

Antaranya pertandingan Kejohanan Berpasukan Kejuaraan E1 Musim 1 serta kejohanan individu.

Team Flash ialah francais E-sukan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara.

Kini satu lagi pencapaian dalam genggaman Aleef.

Beliau menjadi penerima pertama dwi-biasiswa - Biasiswa Rahal Letterman Lanigan Racing (RLL) dan biasiswa Ball State University (BSU), Amerika Syarikat.

Demikian menurut kenyataan media Team Flash pada Jumaat (3 Jun).

Kedua-dua biasiswa itu adalah yang pertama seumpamanya dan bertujuan untuk merekrut dan membangunkan atlit E-sukan yang terbaik dari seluruh dunia.

Aleef, bekas penuntut kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Temasek bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Analisis Perniagaan di BSU.

"Ini adalah satu penghormatan besar. Saya bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang berprestij tetapi juga meneruskan minat dalam perlumbaan E-sukan.

"Saya berharap dalam 4 tahun akan datang saya akan dapat menjuarai beberapa pertandingan untuk Ball State dan meneruskan kerjaya saya dalam E-sukan,” kata Aleef.

Selain mewakili BSU dalam pertandingan perlumbaan simulasi, Aleef juga berpeluang menjalani latihan di pusat E-sukan tercanggih di BSU.

BSU memiliki beberapa program perlumbaan simulasi E-sukan yang disokong pasukan perlumbaan profesional.

Biasiswa Rahal Letterman Lanigan Racing pula bernilai empat angka setahun dan dianugerahkan kepada dua ahli pasukan e-sukan BSU setiap tahun.

Aleef akan mempunyai akses kepada pasukan RLL dan bekerjasama dengan mereka untuk meningkatkan kemahirannya dalam perlumbaan.

Ia menawarkan Aleef peluang untuk menimba pengalaman dalam kejuruteraan data, pemanduan dan perkongsian pengetahuan dengan pasukan E-sukan dan perlumbaan RLL.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita