Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemuda milenial manfaatkan wadah online rancakkan perniagaan karung guni di SG

Keuntungan yang tipis, minat yang kian berkurangan serta jumlah pelanggan yang merosot antara faktor yang menyebabkan tukang karung guni di Singapura bergelut untuk mencari sesuap nasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemuda milenial manfaatkan wadah online rancakkan perniagaan karung guni di SG

Pekerja karung guni di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Keuntungan yang tipis, minat yang kian berkurangan serta jumlah pelanggan yang merosot antara faktor yang menyebabkan tukang karung guni di Singapura bergelut untuk mencari sesuap nasi.

Namun seorang tukang karung guni milenial menemukan jalan baru untuk menambah rezeki.

Sedang ramai masyarakat Cina begitu riang menyambut Tahun Baru Cina, para tukang karung guni di Woodlands memulakan tugas dengan rasa bimbang sama ada mereka mampu meraih pendapatan. 

Market Gaia Guni misalnya menempatkan 15 buah gerai yang menjual barang terpakai seperti pakaian, produk elektronik dan barang antik. 

Ia hanya dibuka pada hujung minggu. 

Menurut seorang pegerai, hasil yang diraih amat rendah.

Pendapatan hanya sekitar S$1,000 dalam tempoh lapan hari sebulan dan selepas ditolak duit sewa, mereka hanya dapat membawa pulang sekitar S$600 hingga S$800 sahaja. 

Minat yang berkurangan dalam kalangan rakyat Singapura untuk membeli barang terpakai kekal sebagai satu cabaran. 

Namun seorang pemuda milenial mempunyai rancangan untuk mengatasi keadaan tersebut. 

Dalam usaha menyelamatkan perniagaan karung guni milik bapanya, Bryan Peh memanfaatkan wadah-wadah online untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang perniagaan barang bekas. 

Menurutnya, jumlah pelanggan dari wadah online meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus setiap bulan. 

Encik Bryan kini mahu mengembangkan syarikat pelupusannya sendiri dan berharap dapat memulihkan nasib para tukang karung guni tempatan. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan