Pempengaruh dihukum penjara 9 hari ganggu ketenteraman awam semasa acara 'Wicked: For Good' di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki Australia berusia 26 tahun yang berlari ke arah bintang Wicked, Ariana Grande semasa tayangan perdana di Singapura dijatuhi hukuman penjara sembilan hari pada Isnin (17 Nov) kerana mengganggu ketenteraman awam.
Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Christopher Goh memberitahu Johnson Wen bahawa dia "mencari perhatian" dan bahawa dia silap kerana berfikir bahawa dia tidak akan berdepan sebarang padah atas perbuatannya di Singapura.
Wen, yang direman sejak 14 November, mengaku bersalah atas satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan membuat kecoh semasa tayangan perdana filem 'Wicked: For Good' di Singapura.
Dalam video kejadian di Resorts World Sentosa pada 13 November yang disebarkan secara meluas, Wen dilihat melompat penghadang.
Dia kemudian berlari ke arah Grande, memegang bahunya sambil melompat-lompat.
Pelakon Cynthia Erivo, yang memainkan watak Elphaba yang berkulit hijau dalam filem itu, bergegas untuk melepaskan genggaman Wen.
Para pengawal keselamatan menahan Wen lalu mengiringinya keluar dari tempat kejadian. Kejadian itu dilaporkan di merata dunia.
BUTIRAN KES
Wen hadir di mahkamah dari tempat tahanannya menerusi video.
Dia memakai kemeja putih dengan rambut yang tidak terurus.
Mahkamah diberitahu bahawa Wen tiba di Singapura pada 11 November untuk menghadiri acara tersebut, dan untuk bercuti.
Sebelum acara itu, dia memuat naik di 'Instagram Story' sambil berkata: "Itu kawan baik saya, Ariana Grande", dan dia mengimpikan untuk bertemu dengannya.
Dalam catatan yang sama, dia dapat dilihat dan didengar sedang ketawa.
Pada petang 13 November, Universal Studios Singapore menganjurkan acara permaidani kuning untuk filem 'Wicked: For Good'.
Barisan pelakon filem itu, termasuk Grande, Erivo, Jeff Goldblum dan Michelle Yeoh, berjalan di permaidani itu untuk menandatangani autograf untuk para peminat, termasuk yang datang dari luar negara.
Antara pukul 7.00 malam hingga 7.11 malam, Wen melompat penghadang lalu berlari ke arah pelakon berkenaan.
Dia meletakkan tangannya di bahu Grande sambil melompat-lompat, dengan Grande kelihatan terkejut.
Melihat perkara itu, Erivo dan beberapa pengawal keselamatan bertindak untuk menghentikannya.
Perbuatan tersebut mengganggu acara berkenaan dan mengejutkan ramai peminat, kata pihak pendakwa.
Semasa Wen diiringi keluar, dia tiba-tiba menoleh ke belakang dan berlari ke arah permaidani kuning dan membuat percubaan kedua untuk melompat penghadang.
Kali ini, dia ditahan para pengawal keselamatan.
Pada malam itu, Wen memuat naik di Instagram, sambil berkata dia sudah bebas selepas ditangkap.
Dia juga memuat naik video kejadian itu di TikTok dan Instagram dan mengucapkan terima kasih kepada Grande.
Beberapa video kejadian itu tersebar luas di media sosial.
Wadah berita tempatan dan antarabangsa juga menerbitkan artikel tentang kejadian itu.
Wen akui bahawa dia tahu tindakannya akan menyebabkan gangguan kepada orang ramai.
Siasatan menunjukkan bahawa Wen mempunyai tabiat mengganggu acara berprofil tinggi, termasuk konsert Katy Perry, The Chainsmokers dan The Weeknd.
Dalam siasatan susulan, polis menemui Wen di Temple Street pada 14 November dan menahannya kerana mengganggu ketenteraman awam.
Dia direman selama empat hari.
Meskipun hakim bersetuju dengan pihak pendakwa tentang tempoh penjara yang disarankan, beliau berkata "hukuman ringan" sudah memadai lalu mengenakan hukuman penjara sembilan hari, sambil berkata bahawa beliau berharap hukuman itu akan menghentikan perbuatan Wen buat "selama-lamanya".
Atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, Wen boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.