Pemohon kerja hadapi lebih persaingan meski terdapat lebih banyak iklan kerja kosong pada Sep
Data terkini daripada beberapa platform padanan kerja menunjukkan jumlah tawaran kerja bagi beberapa sektor seperti teknologi meningkat dengan ketara.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Data terkini daripada beberapa platform padanan kerja menunjukkan jumlah tawaran kerja bagi beberapa sektor seperti teknologi meningkat dengan ketara.
Namun menurut mereka, pasaran pekerjaan mungkin kekal mencabar bagi para pemohon kerja.
Ini memandangkan jumlah pemohon kerja turut meningkat, bahkan pada kadar yang lebih tinggi.
Ketidaktentuan pekerjaan juga semakin lumrah disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.
Sungguhpun begitu, kadar pengambilan kerja di Singapura meningkat lebih pantas pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sebelumnya.
Data iklan kerja terkini di laman rangkaian profesional 'LinkedIn' pula menunjukkan persaingan bagi pekerjaan semakin sengit.
"Data di 'LinkedIn' menunjukkan iklan kerja meningkat tiga peratus sejak September tahun lalu. Pada masa yang sama, jumlah pemohon kerja meningkat lebih pantas pada 11 peratus.
"Ini bermakna, mereka berdepan dengan pasaran lebih sengit untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan pula, dalam landskap sebegini, kemahiran dan pekerjaan berubah dengan sangat pantas," kata Ketua Ahli Ekonomi (APAC), LinkedIn, Chua Pei Ying.
Ini sedang kecerdasan buatan (AI) mengubah cara bekerja selain mencipta pekerjaan baharu.
Data itu juga mencerminkan perubahan tersebut, di mana iklan kerja dalam sektor teknologi meningkat selama 18 bulan berturut-turut, didorong oleh permintaan terhadap alat dan khidmat digital yang baharu.
Platform padanan pekerjaan 'Indeed' pula menyaksikan perkembangan positif dalam sektor-sektor lain.
Data terbaharunya menunjukkan jumlah pekerjaan dalam sektor perhotelan dan pelancongan melonjak hampir 65 peratus sejak Jun.
Secara keseluruhan, platform itu mencatat peningkatan sebanyak satu peratus bulan lalu, setelah mengalami kemerosotan selama dua bulan.
Namun begitu, 'Indeed' menjangkakan pasaran pekerjaan mungkin bakal kembali mendatar.
"Memang wujud tanda-tanda bahawa pasaran pekerjaan agak sedikit mendatar. Kami sedar, niat untuk mengambil pekerja semakin merosot - sejajar dengan apa yang kami perhatikan di platform 'Indeed'.
"Saya rasa banyak perusahaan bimbang tentang keadaan ekonomi global, yang jelas semakin kurang stabil tahun ini, kata Ahli Ekonomi Kanan (APAC) Indeed, Callam Pickering.
Data dari 'Indeed' juga menunjukkan bahawa angka pekerjaan di Singapura mencatatkan trend penurunan sepanjang tiga tahun lalu.
Menurut Encik Pickering, sebahagian besarnya disebabkan oleh kehilangan momentum selepas lonjakan pengambilan pekerja pasca pandemik.
Beberapa pakar berpendapat bahawa kelembapan tersebut perlu diberi perhatian, memandangkan iklan kerja kosong merupakan antara penunjuk utama bagi kesihatan pasaran buruh.
Selain itu, para pakar juga berpendapat bahawa langkah seperti program latihan yang ditaja pemerintah dapat sedikit sebanyak menstabilkan pasaran buruh.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.