Pemohon ibadah Haji terima Surat Hasrat mulai 31 Okt, perlu dapatkan sijil kesihatan perubatan untuk layak tunai Haji
Musim haji di Makkah. (Gambar: Bernama)
Untuk memastikan proses pendaftaran yang lancar, para pemohon perlu memastikan maklumat peribadi mereka dikemaskini di dalam portal itu.
Bagi musim Haji tahun depan, para pemohon juga diperlukan untuk mendapatkan Sijil Kesihatan Perubatan yang mengesahkan mereka sihat untuk menunaikan ibadah Haji.
Ini menyusuli langkah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji musim 2026 baru-baru ini.
Butiran mengenai keperluan kesihatan itu dan perincian lain mengenai Haji dikongsikan kepada pihak media dalam satu sidang media pada Jumaat (24 Okt) di bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
BAKAL JEMAAH PERLU DAPATKAN SIJIL KESIHATAN PERUBATAN SEBELUM 21 NOV
Bakal jemaah perlu disahkan tidak menghidapi kondisi penyakit kronik yang boleh membatalkan kelayakan mereka.
Mereka perlu mendapatkan sijil tersebut daripada para doktor yang berdaftar di Singapura, sama ada menerusi poliklinik atau klinik doktor umum (GP).
Kos mendapatkan sijil tersebut perlu dibiaya oleh para bakal jemaah Haji sendiri dan didapatkan sebelum 21 November 2025.
Visa Haji tidak akan diberikan oleh kerajaan Arab Saudi sekiranya para bakal jemaah Haji tidak menepati keperluan kesihatan yang ditetapkan itu.
Keperluan kesihatan itu diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi baru-baru ini untuk para jemaah Haji 2026.
BAKAL JEMAAH PERLU DAPATKAN SIJIL KESIHATAN PERUBATAN SEBELUM 21 NOV
Bakal jemaah perlu disahkan tidak menghidapi kondisi penyakit kronik yang boleh membatalkan kelayakan mereka.
Mereka perlu mendapatkan sijil tersebut daripada para doktor yang berdaftar di Singapura, sama ada menerusi poliklinik atau klinik doktor umum (GP).
Kos mendapatkan sijil tersebut perlu dibiaya oleh para bakal jemaah Haji sendiri dan didapatkan sebelum 21 November 2025.
Visa Haji tidak akan diberikan oleh kerajaan Arab Saudi sekiranya para bakal jemaah Haji tidak menepati keperluan kesihatan yang ditetapkan itu.
Keperluan kesihatan itu diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi baru-baru ini untuk para jemaah Haji 2026.
Hanya selepas para pemohon sudah menerima tawaran Surat Hasrat dan mendapatkan Sijil Kesihatan Perubatan mereka, barulah Surat Tawaran (LOO) akan diberikan bermula 1 Disember 2025.
Encik Khairul Anwar berkata: "Bakal jemaah yang layak dinasihatkan bersedia dari segi kewangan untuk membeli pakej Haji dari 1 hingga 15 Disember 2025. Saya ingin mengingatkan para jemaah untuk membeli pakej Haji daripada ejen yang dilantik secara rasmi oleh MUIS. Menggunakan ejen tidak berlesen boleh mengakibatkan perjalanan Haji anda terjejas dan kemasukan ke Arab Saudi ditolak. Jemaah juga tidak boleh menggunakan visa pelancong untuk ke Arab Saudi semasa musim Haji."
Senarai GSA dan pakej-pakej haji dianggarkan akan dikeluarkan pada 24 November 2025.
Bagi musim Haji tahun depan, Dr Faishal juga mengumumkan bahawa Singapura diberi kuota haji rasmi sebanyak 900, jumlah yang sama seperti tahun ini.
Dr Faishal berkata: "Ibadah Haji amat bermakna bagi masyarakat Islam SG dan ramai yang sudah lama menunggu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Saya ingin memberi jaminan bahawa pemerintah Singapura dan MUIS komited untuk berusaha agar Singapura diberi kuota tambahan. Kami akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi supaya lebih ramai jemaah Singapura berpeluang menunaikan ibadah Haji."
REAKSI PARA EJEN GSA BERKENAAN KEPERLUAN KESIHATAN YANG DITETAPKAN
Pengarah GSA TM Fouzy Travel & Tours Ustazah Tengku Madihah Tengku Mohd Fouzy berkata: "Pada Haji 2026, kita melihat ada banyak dari segi perubahan dan pra syarat yang diletakkan. Saya berharap para bakal jemaah menerima berita ini dengan berlapang dada, bersabar."
"Dengan pra syarat ini, pada 2026, mungkin ada yang rasa tidak akan ada lagi jemaah yang sakit, tetapi perkara ini tidak menjaminkan semua yang pergi sihat belaka. Mungkin kita di sana akan jatuh sakit dan perlukan bantuan lebih dari ejen atau MUIS. Dari pihak ejen kami sedia membantu dan berikan bantuan sepatutnya."
Sementara itu, Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid turut mengalu-alukan penetapan keperluan kesihatan yang ditetapkan MOHU Arab Saudi.
Beliau berkongsi kepada pihak media beberapa insiden yang berlaku apabila membawa para jemaah yang menghidapi penyakit ginjal dan mereka yang berkerusi roda pada tahun-tahun sebelumnya.
Encik Haffidz berkata: "Jemaah yang menghidap penyakit ginjal, mereka perlu dapatkan rawatan dialisis dua hari sekali. Ada satu masa dahulu, ada jemaah yang perlukan rawatan. Apabila jemaah-jemaah lain berangkat untuk menjalankan Tarwiyyah, pada 8 Zuljijjah ke Mina, jemaah ini perlu dibawa mendapat rawatan. Cabarannya adalah membawa kembali jemaah ini untuk berkumpul dengan jemaah lain kerana di sana pergerakan terbatas dan perlu dapatkan kenderaan yang ada pas untuk masa kawasan terkawal. Jemaah ini juga selepas dialisis, badan lemah dan perlu ada masa untuk pulih."
"Kedua, tentang jemaah yang perlukan khidmat kerusi roda, secara statistik 15 peratus jemaah GSA kami perlukan kerusi roda pada hari-hari genting di Arafah dan Mina. Pada masa dulu, kita perlukan bantuan tenaga kerja di sana, tetapi dengan peraturan lebih ketat, ini tidak semudah untuk dilakukan."
"Walaupun kita rasa simpati kepada para jemaah yang perlukan khidmat lebih ini, tetapi keadaan di lapangan tidak mengizinkan. Masalah umum perlu ditangani jadi itu satu cabaran yang perlu kita faham mengapa kerajaan Arab Saudi perkenalkan peraturan," tambah Encik Haffidz lagi.
Pada 2025, lebih 1.8 juta anggota jemaah menunaikan ibadah Haji.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.