Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemindahan hati beri kehidupan baru kepada pesakit barah kolorektal tahap 4

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kini terdapat harapan baru bagi para pesakit yang menghidap barah kolorektal tahap empat. 

Ini setelah sekumpulan doktor di Singapura berjaya menjalankan pemindahan organ hati ke atas seorang pesakit berkenaan. 

Pemindahan organ hati itu adalah yang pertama seumpamanya dilakukan di Singapura.

Ia sekali gus membuka peluang untuk para pesakit serupa menjalani prosedur tersebut yang berpotensi meningkatkan peluang kehidupan seorang pesakit dari kurang 20 peratus kepada lebih 60 peratus. Ini bermakna, mereka mungkin dapat hidup lagi lima tahun lebih lama.

Pasangan ibu dan anak berkongsi hubungan yang amat istimewa. Goh Jun Le, 22 tahun, mendermakan sebahagian daripada organ hatinya kepada ibunya Lim Gek Meng, 61 tahun. 

Cik Lim kini dibenarkan keluar hospital bebas barah buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.

Pemindahan organ itu memberikan Cik Lim peluang untuk hidup lebih lama setelah penyakit barah tahap empat memaksa doktor membuang usus besarnya. 

Sel-sel barah juga sudahpun merebak dengan meluas ke bahagian hatinya. 

Namun pembedahan tidak dapat dilakukan bagi membuang sel-sel barah itu.

Dan pemindahan hati adalah satu-satunya pilihan bagi Cik Lim. 

Prosedur itu bagaimanapun bukan mudah bagi pasukan dari Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Lebih 50 pakar perubatan terlibat dalam usaha menilai keadaan kesihatan Cik Lim sebelum menjalani prosedur rawatan dan kemudian menyediakan khidmat jagaan susulan. 

Risikonya amat tinggi kerana terdapat kemungkinan tubuh Cik Lim tidak akan boleh menerima organ yang didermakan itu. 

Sel-sel barah juga mungkin kembali selepas pemindahan tersebut. 

Menurut perangkaan, ini berlaku kepada antara sekitar lapan hingga 12 peratus pesakit barah. 

Sekurang-kurangnya satu lagi calon pesakit di Singapura dinilai boleh menjalani pemindahan hati juga.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan