Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin SG utus ucap takziah atas pemergian mantan Pope Emeritus Benedict

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin SG utus ucap takziah atas pemergian mantan Pope Emeritus Benedict

(Gambar fail: AP/Alessandra Tarantino)

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura memperingati usaha Pope Emeritus Benedict ke-16 dalam menggalakkan keharmonian kaum.

Mantan ketua Gereja Katolik itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu (31 Dis).
Dalam kawat takziah yang diutuskan kepada Pope Francis, Presiden Halimah Yacob mengimbas kembali sumbangan mantan Pope Benedict kepada Gereja Katolik.

Puan Halimah berkata mendiang akan diingati kerana menyentuh kehidupan ramai penganut Katolik menerusi ajaran-ajarannya, serta menggalak keberanian dan harapan di tengah-tengah cabaran dunia moden.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula mengutuskan kawat takziah kepada Setiausaha Negara Vatican, Kardinal Pietro Parolin.

PM Lee menarik perhatian, Pope Emeritus Benedict pernah melantik duta ke Singapura semasa tempoh kepimpinannya.

Ia menandakan detik bersejarah bukan sahaja dalam hubungan antara Vatican dengan Singapura, malah dengan rantau ini juga.

Jenazah Pope Emeritus Benedict akan ditempatkan mulai pagi Isnin (2 Jan) di Basilika St Peter, untuk membenarkan para penganut memberi penghormatan terakhir. Ia akan ditempatkan di sana selama tiga hari sebelum upacara pengebumian yang akan diadakan pada Khamis (5 Jan), yang mana ia akan diselia oleh Pope Francis.
Sumber : CNA/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan