Pemimpin SG utus kawat takziah atas pemergian pemimpin Vietnam Nguyen Phu Trong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutuskan kawat takziah kepada Vietnam menyusuli pemergian Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV) Nguyen Phu Trong, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (21 Jul).
Encik Trong, yang memimpin Vietnam selama lebih sedekad dan memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat, meninggal dunia akibat sakit tua pada Jumaat. Mendiang berusia 80 tahun.
“Sepanjang hayatnya, Setiausaha Agung Trong mengabdikan dirinya untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat Vietnam. Kehidupan rakyatnya bertambah baik dan kemakmuran negara yang semakin meningkat menjadi bukti kepada kerja kerasnya,” kata Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam suratnya yang bertarikh 20 Jul dan ditujukan kepada Presiden Vietnam To Lam.
Menurut Presiden Tharman, dedikasi Encik Trong untuk menghapuskan rasuah menjadi elemen penting dalam kepimpinannya.
"Doa dan ingatan tulus ikhlas saya ditujukan kepada seluruh rakyat Vietnam dan keluarga Setiausaha Agung Trong pada masa yang sukar ini," kata Presiden Tharman.
Perdana Menteri Lawrence Wong, dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada 20 Jul, menyatakan bahawa kerjaya Encik Trong selama beberapa dekad dalam parti itu, termasuk 13 tahun sebagai Setiausaha Agung, menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan taraf kehidupan rakyatnya.
“Sebagai Setiausaha Agung, penekanan beliau terhadap pembangunan parti dan dedikasi untuk membanteras rasuah memberikan hala tuju penting untuk melaksanakan pembaharuan dan mengukuhkan CPV dan Vietnam,” kata PM Wong.
PM Wong turut menyifatkan mendiang Encik Trong sebagai rakan karib Singapura, yang lawatannya ke negara ini pada September 2012 membawa kepada Singapura dan Vietnam mewujudkan Kerjasama Strategik pada tahun berikutnya.
“Sila terima ucapan takziah saya yang mendalam semasa masa sukar ini,” kata PM Wong.
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan turut memberi penghormatan kepada Encik Trong, sambil menyatakan bahawa di bawah kepimpinannya Vietnam bangkit bukan sahaja menjadi sebuah kuasa ekonomi serantau, tetapi juga "tokoh diplomatik yang cekap".
“Dengan Setiausaha Agung Trong menerajuinya, hubungan Singapura dengan Vietnam telah berkembang maju,” kata Dr Balakrishnan dalam suratnya kepada Pengerusi Suruhanjaya Perhubungan Luar Le Hoai Trung.
“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Singapura dan Vietnam memeterai Kerjasama Strategik pada 2013, meraikan 50 tahun hubungan diplomatik pada tahun lalu, dan memulakan perbincangan untuk meningkatkan hubungan kami kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh.
“Singapura dan Vietnam berkongsi hubungan yang mendalam berasaskan kepercayaan bersama, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan padu Setiausaha Agung Trong dan kepimpinan Vietnam.”
"Doa dan ingatan saya ditujukan kepada anda dan seluruh rakyat Vietnam semasa masa sukar ini," katanya lagi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.