Pemimpin SG ucap tahniah kepada Presiden Xi sempena ulang tahun ke-75 China
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (1 Okt) menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (1 Okt) menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.
"Perjalanan pembangunan China sangat mengagumkan. Lebih 800 juta orang berjaya keluar dan diselamatkan daripada kemiskinan dan pemodenan China juga luar biasa," kata Presiden Tharman dalam suratnya kepada rakan sejawatannya dari China.
"China telah membuat sumbangan yang penting di peringkat global dalam bidang sains, kemampanan, seni dan budaya."
Hubungan Singapura-China disokong oleh hubungan ekonomi yang kukuh, kerjasama pelbagai aspek dan hubungan rapat antara rakyat, tambahnya.
Kerjasama kukuh ini dapat dilihat menerusi tiga projek antara kedua-dua pemerintah di Suzhou, Tianjin dan Chongqing.
"Saya berharap untuk melihat ketersambungan antara Singapura dan China dipertingkatkan lagi. Ini akan membuka jalan kepada lebih banyak kerjasama dan persefahaman bersama," kata Presiden Tharman.
Tahun depan, Singapura dan China menyambut ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Presiden Tharman telah mengundang rakan sejawatannya dari China untuk melawat Singapura dan beliau berharap untuk mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara.
"Saya berharap Republik Rakyat China akan meneruskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran. Saya dan isteri saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda dan Puan Peng Liyuan," kata Presiden Tharman.
Dalam suratnya kepada Encik Xi, PM Wong berkata China telah mengorak "langkah besar" untuk menjadi salah satu ekonomi terbesar dan paling penting di dunia.
"Sepanjang lawatan saya ke China selama ini, saya telah menyaksikan sendiri kemajuan mengagumkan China dalam pelbagai sektor, termasuk pemulihan luar bandar, ekonomi digital, pengilangan maju dan kemampanan alam sekitar," tambahnya.
Singapura dan China menjalin "hubungan yang muhibah dan substantif" dan kerjasama dua hala ini telah "saling menguntungkan dan berpandangan jauh", kata PM Wong, yang juga adalah Menteri Kewangan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.