Skip to main content

Singapura

Pemimpin SG ucap tahniah kepada Brunei atas sambutan Hari Kebangsaan ke-40

Para pemimpin Singapura telah menyampaikan ucap selamat kepada Sultan Hassanal Bolkiah sempena Hari Kebangsaan Brunei yang ke-40.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura telah menyampaikan ucap selamat kepada Sultan Hassanal Bolkiah sempena Hari Kebangsaan Brunei yang ke-40.

Dalam suratnya, Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata sebagai dua negara kecil yang merdeka di Asia Tenggara, Brunei dan Singapura berganding bahu mengharungi pelbagai cabaran.

Beliau percaya, rasa saling percaya yang tinggi dan perkongsian pandangan strategik antara kedua-dua negara akan terus meningkatkan kerjasama dua hala.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula berkata Brunei telah menikmati pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang rancak.

Prestasi itu dicatatkannya di tengah-tengah cabaran geo-politik, ekonomi dan teknologi di rantau ini.

PM Lee berkata keadaan itu membuktikan kepimpinan Sultan Hassanal Bolkiah dan kekuatan rakyat Brunei.
Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita