Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin SG sertai upacara Memperingati Hari Kebangsaan di Istana

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Aug 2024 06:34PM Dikemas Kini : 09 Aug 2024 12:35AM
SINGAPURA: Para pemimpin kanan Singapura berkumpul bagi Upacara Memperingati Hari Kebangsaan di Istana pada Khamis (8 Ogos).

Presiden Tharman Shanmugaratnam menjadi tuan rumah bagi acara tersebut, menjelang Hari Kebangsaan Singapura ke-59 esok.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Kanan Lee Hsien Loong, serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Gan Kim Yong and Heng Swee Keat.

Upacara dimulakan dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta melafazkan Ikrar Negara.

Mereka kemudian menyaksikan persembahan daripada kumpulan pelajar Lighthouse, sebuah sekolah pendidikan khas, yang mendendangkan rampaian lagu kegemaran ramai, termasuk 'Home'.

Tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan Presiden Tharman dan PM Wong.

 
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan