Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin SG hadiri Rumah Terbuka Raya Sultan Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin SG hadiri Rumah Terbuka Raya Sultan Johor

(Gambar: Kementerian Ehwal Luar)

Diterbitkan : 22 Apr 2023 05:21PM Dikemas Kini : 22 Apr 2023 06:32PM
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu serta Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada Sabtu (22 Apr).

Menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA), kedua-dua Menteri menemui Sultan Ibrahim Iskandar Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta anggota diraja lainnya.
(Gambar: Kementerian Ehwal Luar)
Rumah Terbuka Sultan merupakan tradisi tahunan yang dihadiri pemimpin Singapura dan disambung semula selepas terhenti tiga tahun dek pandemik COVID-19.

"Pertemuan itu adalah kegiatan kunjung-mengunjung peringkat tinggi terbaru antara Singapura dan Johor sejak sempadan dibuka semula pada April 2022," kata MFA dalam kenyataannya.
(Gambar: Kemeterian Ehwal Luar)
Tambah MFA, lawatan itu juga mengesahkan lagi hubungan akrab dan mesra antara Singapura dengan Johor yang sudah dijalin sejak sekian lama.

Cik Fu dan Dr Tan diiringi pegawai dari Kementerian Ehwal Luar, Perdagangan dan Perusahaan serta Kemampanan dan Sekitaran.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan