Pemimpin SG beri penghormatan terakhir kepada mendiang tokoh perbankan Wee Cho Yaw
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan Pengerusi dan CEO UOB Wee Cho Yaw adalah "tokoh hebat dalam industri perbankan Singapura".
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian pada Ahad (4 Feb) semasa beliau memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh perniagaan itu.
Encik Wee meninggal dunia pada usia 95 tahun, menurut UOB pada Sabtu (3 Feb). Beliau menerajui bank tersebut selama lebih 60 tahun sebelum bersara daripada lembaga bank tersebut pada 2018.
PM Lee berkata beliau sangat berdukacita atas pemergian Encik Wee dan menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mendiang.
"Kepintaran perniagaan dan kepimpinan berwawasan beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan UOB menjadi salah satu bank paling berjaya di Singapura dan rantau ini," puji PM Lee.
"Saya telah mengenali Cho Yaw secara peribadi selama empat dekad. Semasa saya menjadi pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), menyelia perubahan besar pada sektor kewangan, saya bekerja rapat dengan mendiang dan sangat menghargai perspektif serta nasihatnya," tambah PM Lee.
"Saya akan selalu mengenang tekad serta semangatnya, dan banyak perbualan kami berkisar tentang pelbagai isu."
Beliau juga mengingati "sumbangan penting" Encik Wee kepada masyarakat, termasuk pelibatannya secara aktif dalam usaha melestarikan dan memartabatkan bahasa, budaya dan nilai kaum Cina.
Encik Wee menyandang beberapa peranan kepimpinan utama lain dalam masyarakat, yang terus meraih manfaat daripada Yayasan Wee, yang ditubuhkan pada 2009 atas tujuan menggalakkan bahasa dan budaya Cina di Singapura, serta menyediakan bantuan pendidikan dan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
Perdana Menteri juga memberi penghormatan kepada sumbangan Encik Wee kepada sektor pendidikan.
Presiden Tharman Shanmugaratnam pula menyifatkan Encik Wee sebagai seseorang yang "unik".
Encik Tharman, mantan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), berkata hartawan perbankan itu mempunyai "(tekad) yang sangat kuat untuk bekerja dan (ketelitian) terhadap peluang" yang tidak dapat ditandingi dalam sektor perbankan tempatan.
"Beliau juga komited kepada para kakitangannya. Ia menjadikan UOB sebuah bank terkemuka di rantau ini, dan membantu membina pusat kewangan kita," tambah Presiden Tharman.
Di bawah kepimpinan Encik Wee, bank itu berkembang daripada satu cawangan kepada bank serantau di 19 negara dan wilayah.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong memuji "kepimpinan transformatif" Encik Wee yang menjadikan UOB sebagai kuasa perbankan serantau.
"Wawasan dan piawai etika beliau menetapkan penanda aras industri yang berkekalan, dan sumbangannya kepada pusat kewangan kita dan banyak lagi, akan sentiasa dikenang," kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi MAS.
Dalam catatannya di Facebook, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bahawa beliau "sentiasa mengagumi dan (mengambil contoh)" daripada dorongan dan kepintaran perniagaan Encik Wee, serta komitmen beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Encik Wee berkhidmat sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), dan merupakan presiden pengasas Persekutuan Persatuan-Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA).
"Encik Wee memimpin melalui teladan sebagai dermawan komited yang menyumbang kepada pelbagai tujuan amal," kata Encik Heng.
SEKTOR PENDIDIKAN
Encik Wee juga berkhidmat sebagai anggota majlis Universiti Nasional Singapura (NUS) dan kemudian menjadi Pro-Canselor Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun 2004. Kedua-dua universiti itu telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada Encik Wee atas sumbangannya.
Encik Wee membuat "sumbangan penting" kepada sektor pendidikan, memperkasakan ramai pelajar daripada semua lapisan masyarakat, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.
"Encik Wee terkenal dengan kepintaran perniagaannya dan (sikapnya) berbakti kepada masyarakat," tulisnya dalam satu catatan di Facebook.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.