Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin S'pura ucap selamat kepada Maharaja Jepun Akihito

Para pemimpin Singapura sudah menyampaikan ucap selamat kepada Maharaja Jepun Akihito, yang menyerahkan takhtanya kepada Putera Mahkota Naruhito. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2019 05:04PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:24PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura sudah menyampaikan ucap selamat kepada Maharaja Jepun Akihito, yang menyerahkan takhtanya kepada Putera Mahkota Naruhito.

Presiden Halimah Yacob sudah menyampaikan rasa hormat dan penghargaan yang mendalam kepada Maharaja Akihito bagi pihak Singapura.

Presiden Halimah turut melahirkan penghargaan atas sokongan teguh Maharaja Akihito terhadap hubungan persahabatan antara Singapura dengan Jepun sejak lebih separuh abad lalu.

Dalam ucap selamatnya pula, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian tentang pertumbuhan mantap dalam hubungan Singapura-Jepun.

Persahabatan itu katanya akan terus berkembang seperti dua pohon yang ditanam oleh Maharaja Akihito semasa lawatannya ke Singapura pada 1970 ketika beliau merupakan Putera Mahkota Jepun. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan