Skip to main content

Singapura

Pemimpin pertahanan alu-alukan komitmen Amerika di Asia Pasifik: Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 May 2025 09:28PM Dikemas Kini : 31 May 2025 10:05PM
  • Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing berkata pada Sabtu (31 Mei) rakan-rakan sejawatannya "mengalu-alukan" komitmen Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik dan berharap ia akan dikotakan menerusi "tindakan yang jelas".
  • Setiausaha Pertahanan Amerika Pete Hegseth berkata pentadbiran Trump akan memberi lebih tumpuan terhadap rantau Indo-Pasifik, menyifatkannya sebagai "panggung utama".
  • Encik Hegseth berkata "ancaman" dari China adalah benar dan akan berlaku, sambil menambah Beijing "sedang bersiap sedia" untuk berpotensi menggunakan kuasa tentera bagi mengubah "keseimbangan kuasa" di Indo-Pasifik.
  • Menteri Pertahanan China Dong Jun tidak menghadiri sesi dialog tahun ini dan Beijing menghantar sebuah delegasi akademik tanpa sebarang pegawai kanan pertahanan.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing berkata pada Sabtu (31 Mei) rakan-rakan sejawatannya "mengalu-alukan" komitmen Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik dan berharap ia akan dikotakan menerusi "tindakan yang jelas".

Sebelum ini dalam ucapannya di Dialog Shangri-La, Setiausaha Pertahanan Amerika Pete Hegseth berkata pentadbiran Trump akan memberi lebih tumpuan terhadap rantau Indo-Pasifik, menyifatkannya sebagai "panggung utama".

Beliau berkata masa depan Amerika dan negara-negara sekutu di Indo-Pasifik "terikat" dengan keselamatan dan kemakmuran rakyat Amerika mempunyai kaitan dengan rakyat di negara-negara bersekutu.

Komen itu menyokong ulasan yang diberikan pada Khamis (29 Mei) oleh Ketua Kedutaan Amerika di Singapura, Casey Mace, yang berkata delefasi Amerika yang menghadiri sidang puncak pertahanan utama di Asia tahun ini adalah berpangkat tinggi, sekali gus memberi gambaran mengenai komitmen Amerika di Indo-Pasifik.

Beliau juga merujuk kepada rantau itu sebagai "keutamaan utama bagi dasar luar Amerika".

Pada Sabtu, Encik Chan bercakap kepada para wartawan selepas satu persidangan meja bulat dengan para menteri pada siang tadi.

Antara pemimpin yang hadir adalah Encik Hegseth dan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Kaja Kallas.

Mengukuhkan keupayaan pertahanan adalah "matlamat jangka panjang", kata Encik Chan yang juga menghadiri Dialog Shangri-La pertamanya sebagai menteri pertahanan.

"Ia harus menjangkau kitaran penggal politik yang lebih singkat. Jika kita benar-benar serius untuk membina keupayaan untuk jangka panjang, ia mestilah komitmen politik merentasi kitaran politik yang berbeza."

Pada Sabtu, Encik Hegseth mengulangi ikrar yang dibuat oleh pentadbiran sebelumnya untuk mengukuhkan keupayaan Amerika di rantau Indo-Pasifik bagi membina daya ketahanan yang lebih teguh.

Namun sumber tentera Amerika dari rantau itu telah dialihkan ke konflik-konflik lain di seluruh dunia, dan bukan ke negara-negara seperti Ukraine dan Gaza.

Apabila ditanya mengapa hal tersebut berlaku, Encik Hegseth berkata pemindahan sumber adalah penting untuk melindungi negara daripada serangan-serangan seperti yang dilakukan oleh kumpulan Houthi dari Yaman.

Semasa temu bual Encik Chan dengan pihak media, beliau juga ditanya mengenai tanggapannya terhadap rakan sejawatannya dari Amerika.

"Saya rasa orang menghargai Setiausaha Pertahanan Amerika, kejujurannya dan saya fikir itulah semangat persidangan meja bulat menteri; bahawa para peserta dapat bercakap secara terus terang dan berkongsi pandangan mereka, dan tiada sesiapa pun yang cuba menilai orang lain," katanya.

Related article image

KETIDAKHADIRAN CHINA

Dalam ucapannya, Encik Hegseth turut berkongsi beberapa komen-komen lantang mengenai China sejak menyandang jawatan pada Januari lalu.

Beliau berkata "ancaman" dari China adalah benar dan akan berlaku, sambil menambah Beijing "sedang bersiap sedia" untuk berpotensi menggunakan kuasa tentera bagi mengubah "keseimbangan kuasa" di Indo-Pasifik.

Menteri Pertahanan China Dong Jun tidak menghadiri sesi dialog tahun ini dan Beijing menghantar sebuah delegasi akademik tanpa sebarang pegawai kanan pertahanan.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita