Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin negara raikan Hari Kebangsaan S'pura di Istana

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Aug 2022 06:23PM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 08:50PM
SINGAPURA: Menjelang hari kebangsaan pada Selasa, beberapa pemimpin negara berhimpun di Istana untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara hari ini (8 Ogos).

Presiden Halimah Yacob disertai Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk meraikan hari istimewa Singapura. Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Heng Swee Keat turut hadir.

Mereka menyanyikan lagu-lagu Hari Kebangsaan dan melafazkan ikrar.

Para pemimpin juga dihiburkan dengan persembahan Purple Symphony iaitu kumpulan orkestra inklusif pertama negara ini yang dianggotai para pemuzik kurang upaya.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan