Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin masyarakat berbilang agama hayati amalan puasa pada Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persefahaman dan persahabatan yang terjalin antara masyarakat berbilang agama dan latar belakang kaum perlu diperkukuhkan di Singapura.

Ini menjadi teras majlis buka puasa antara agama Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) pada Isnin (27 Mac).

Para pemimpin agama dan masyarakat yang hadir berpeluang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam satu perbincangan yang dikendalikan Peguam Kanan, Noor Mohammed Marican.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
Antara topik yang dibincangankan adalah amalan puasa dalam agama-agama berbeza dan isu-isu kontemporari dalam masyarakat.

Lebih daripada 40 peserta mewakili sepuluh agama berbeza termasuk Islam, Kristian, Hindu dan Sikh menghadiri acara tersebut.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
"MKAC sudah menganjurkan acara buka puasa sejak 15 tahun yang lalu. Ia adalah sebuah forum untuk masyarakat daripada agama yang berbeza bersatu untuk berkongsi tradisi dan kepercayaan mengenai amalan puasa. Kami boleh belajar antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dan perpaduan serta yang paling penting untuk menghormati satu sama lain, " kata Presiden MKAC, Ameerali Abdeali.

"Sebenarnya 'IFTAR' adalah singkatan, 'Inter-Faith, Trust and Respect'. Jadi dengan akronim itu, kami berharap apa yang kami impikan akan menjadi kenyataan," tambah beliau.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
Turut hadir di acara itu ialah tetamu terhormat, Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO) Terry Kee.

"Secara peribadi, untuk diundang ke majlis iftar adalah amat bermakna kerana ia menjalin persahabatan daripada satu masyarakat kepada yang lain untuk mengambil bahagian dalam apa yang penting dan bermakna untuk mereka. Saya rasa ia adalah satu penghormatan untuk diundang dan meraikan bersama dengan mereka," kata Biskop Terry Kee.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
Para peserta yang terlibat juga mengalu-alukan acara itu diteruskan pada masa hadapan.

"Acara in perlu diteruskan kerana kesinambungan memahami antara agama dan budaya perlu diteruskan untuk mengukuhkan hubungan kaum di Singapura agar kita dapat hidup bersama harmoni dan sama berukhuwah antara satu dengan lain," kata Duta MKAC, Ustaz Haron Hassan Akhtar.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
Selain beliau, Ahli Majlis IRO mewakili agama Sikh, Harpal Singh juga melahirkan rasa gembira dijemput untuk hadir ke acara ini.

"Puasa dalam kalangan umat Islam adalah amalan rohani yang sangat mendalam dan ia membantu kita untuk menguatkan kawalan diri dan juga memupuk rasa belas kasihan kepada mereka yang memerlukan. Jadi saya hadir hari ini bersama dengan masyarakat Islam untuk membangunkan ciri-ciri ini dalam diri kami," kata Encik Harpal Singh.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
"Saya rasa acara yang menyatukan masyarakat dan kepercayaan adalah sesuatu yang meningkatkan perpaduan kami dan ia sangat penting untuk berkongsi saat-saat ini," kata Ketua Rabbi Modechai Abergel.

Beliau juga menarik perhatian bahawa tempoh selepas pandemik adalah masa yang sesuai untuk merebut peluang yang ada untuk bersatu dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama.
(Gambar: MKAC/Syukry Mirza)
Wakil daripada sepuluh agama berbeza diberikan sebiji kurma oleh Encik Ameerali untuk memulakan acara buka puasa setelah azan dilaungkan.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan