Pemimpin masyarakat anggap pemergian Allahyarham Maidin Packer kehilangan besar bagi masyarakat Melayu/Islam dan negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ucapan takziah datang mencurah-curah menyusuli khabar duka mengenai pemergian mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Mohamad Maidin Packer Mohd pada Isnin (24 Jun).
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman menerusi catatan di Facebooknya berkata Allahyarham akan terus dikenang atas sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat Melayu/Islam setempat sepanjang kerjaya cemerlangnya.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun akibat serangan jantung.

Dalam catatannya itu, Dr Maliki yang kini berada di Itali atas urusan rasmi, mengenang kembali antara jasa Allahyarham dalam pelbagai peranan yang pernah dipegangnya, selain jawatannya sebagai Anggota Parlimen Marine Parade suatu ketika dahulu.
Allahyarham pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kanan dan merupakan Anggota Parlimen GRC Aljunied (1991-1996) dan GRC Marine Parade (1997-2006) selain menjadi Penasihat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat.
Dalam menggalas peranan-peranan itu, Allahyarham, kata Dr Maliki, giat "memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu/Islam dan bekerja tanpa kenal penat lelah untuk meningkatkan prestasi dan kesejahteraan masyarakat Melayu/Islam".
Dr Maliki menyanjung sumbangannya dalam "memperkuat suara masyarakat Melayu/Islam dalam pembangunan negara", selaku Editor akhbar Berita Harian dan Berita Minggu, serta Timbalan Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai Pengerusi Seni & Budaya Kreatif Melayu, beliau juga mempromosikan dan memelihara warisan budaya Melayu yang kaya.
"Dedikasi dan khidmat beliau telah meninggalkan kesan yang berkekalan kepada masyarakat kita," ujar Dr Maliki.
Presiden Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, Encik Abdul Halim Kader turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Allahyarham Mohamad Maidin pernah menyandang jawatan selaku Timbalan Presiden Taman Bacaan.
Encik Halim memuji ketokohannya dalam menabur bakti kepada masyarakat dan menganggap pemergian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar.
Encik Halim turut berkongsi kenangannya bersama Allahyarham ketika terlibat dalam Kongress Pendidikan Anak-Anak Melayu Islam pada tahun 1982 dan penubuhan Yayasan MENDAKI pada tahun 1981 ketika Allahyarham sedang menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden Taman Bacaan.
Antara sumbangan besar Allahyarham yang disentuh Encik Halim termasuk peranan penting yang dimainkan Allahyarham dalam menubuhkan Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS), di bawah kelolaan MENDAKI sejak 1990, yang masih dimanfaatkan ramai pelajar Melayu tempatan sehingga ke hari ini.
"Singapura kehilangan seorang AP yang mempunyai semangat yang senantiasa membantu mereka yang memerlukan bantuan tidak kira masa dan tidak kira bangsa," luah Encik Halim.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Blok 333 Tampines Street 33, dan disolatkan di Masjid Ba’alwie selepas Zuhur esok (25 Jun).

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.