Skip to main content

Singapura

Pemimpin kesatuan, AP puji tumpuan perkasa pekerja dalam Rapat Hari Buruh

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 May 2023 05:45PM Dikemas Kini : 01 May 2023 08:44PM
SINGAPURA: Pemimpin dan ahli kesatuan sekerja memuji tumpuan untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran dan menangani kebimbangan perniagaan berikutan ucapan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rapat Hari Buruh pada Isnin (1 Mei).

Penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen Patrick Tay (PAP-Pioneer) berkata beliau gembira mendengar tentang penekanan Encik Wong berhubung usaha meningkatkan kemahiran untuk memastikan peluang yang sama bagi semua dan tiada sesiapa yang ketinggalan.

“Saya amat mengalu-alukan tumpuan dan sokongan baru ini…untuk membantu rakyat Singapura mendakapi peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat. Saya fikir ini sangat penting bukan sahaja untuk gerakan buruh di Singapura, tetapi itulah agenda berterusan untuk gerakan buruh di seluruh dunia,” katanya.

Sekalipun demikian, tahap komitmen untuk memperkasa pekerja mungkin akan menimbulkan cabaran, kata Muhammad Shariffudin, presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura.

Sebagai contoh, sewaktu pandemik COVID-19, ramai pekerja tinggalkan industri disebabkan ketidaktentuan, dan kini sedang kembali bekerja.

Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura Robert Yap berkata: “Dalam perikatan tiga pihak kami, kompak asas, struktur asas semua pekerja, adalah sangat sukar untuk perniagaan berkembang maju. Jadi saya fikir kita perlu memperbaikinya.”

Inflasi dan kekurangan buruh adalah cabaran yang dihadapi oleh perniagaan di Singapura malah juga di seluruh dunia, tambahnya.

"Namun dalam situasi ini saya rasa kita sudah tahu menanganinya... Kita menanganinya dengan lebih baik... disebabkan resepi rahsia, seperti yang dikatakan DPM Wong, perikatan tiga pihak yang ditubuhkan sepanjang enam dekad yang lalu," kata Dr Yap.

Beberapa ahli yang lain memuji satu lagi inisiatif yang disebut oleh Encik Wong - iaitu Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) - yang menyokong pekerja meningkatkan kemahiran dan mencapai prospek kerja yang lebih baik melalui latihan dalam syarikat.

"Kami mempunyai CTC kami sendiri dan ia amat bermanfaat bagi pegawai kami," kata Encik Vignesha Naidu, pemerhati majlis eksekutif dengan Kesatuan Pekerja Keselamatan.

Model gaji progresif (PWM) bagi industri keselamatan juga membantu memastikan rakyat Singapura dalam sektor itu mempunyai gaji yang "berpatutan memandangkan kos sara hidup di Singapura", tambahnya.

Ucapan Encik Wong menunjukkan bahawa pemerintah "sangat aktif" dalam menangani kos sara hidup, kerana mereka tahu ia semakin meningkat, kata Encik Naidu.

"Mereka sudah mengambil langkah-langkah yang diperlukan...PWM sebagai satu contoh di mana gaji dinaikkan untuk individu supaya mereka akan terus dapat kehidupan yang sesuai," tambah beliau.

Cik Yeo Wan Ling (PAP-Pasir Ris-Punggol) menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri juga menyentuh mengenai pekerja bebas dan pekerja bekerja sendiri dalam ucapannya, serta bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan melindungi mereka.

Cik Yeo merupakan pengarah U SME - satu inisiatif yang bertujuan untuk menyokong Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) dalam keperluan perniagaan mereka - dan Unit Wanita & Keluarga di bawah NTUC.

Sambil menambah bahawa ini adalah segmen tenaga kerja yang sangat penting, Cik Yeo berkata: “Ia adalah sesuatu yang mana ramai orang di Singapura, disebabkan fleksibiliti dalam industri seumpama itu atau kelompok seumpama itu membolehkan kita manfaatkannya, mereka mempertimbangkan kerjaya sedemikian."

Ucap tama Encik Wong adalah "sokongan yang tidak berbelah bagi" bahawa tiga pihak akan membentuk asas penting dalam dasar dan pemerintah pada masa hadapan jika beliau menjadi perdana menteri, kata penolong setiausaha agung NTUC Desmond Choo (PAP-Tampines).

"Saya rasa beliau juga ada menyatakan bahawa NTUC atau gerakan buruh akan menjadi rakan kongsi yang sama dan penting dalam membentuk dasar tenaga kerja kita pada masa hadapan, malah beliau menjelaskan kesannya, dalam merangka dasar sosial nasional bahawa NTUC akan memainkan peranan penting," tambah beliau.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita