Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin India Muslim mainkan peranan penting dalam kejayaan masyarakat Islam setempat

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin India Muslim mainkan peranan penting dalam kejayaan masyarakat Islam setempat

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad dan sebilangan hadirin di sesi mendampingi lebih 30 pemimpin India Muslim. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

SINGAPURA: Pemimpin India Muslim memainkan peranan penting dalam kejayaan masyarakat Islam di Singapura dan sentiasa menjadi rakan kerjasama yang utuh bagi MENDAKI.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad di sesi mendampingi lebih 30 pemimpin India Muslim baru-baru ini (28 Sep).

Sesi itu diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar Pemimpin India Muslim dalam usaha mempertingkatkan masyarakat Islam melalui Yayasan MENDAKI.

Sepanjang empat dekad yang lalu, banyak kejayaan besar yang dicapai oleh masyarakat Islam setempat.

Beberapa pemimpin India Muslim terkemuka dan masjid menderma dengan murah hati kepada Tabung Amanah Pendidikan (ETF) untuk menyediakan biasiswa dan/atau dermasiswa kepada pelajar Melayu/Islam termasuk pelajar India Muslim.

Mereka termasuk Encik S M Jaleel, EncikIsmail Gafoor, Profesor Aziz Merchant, Dr Reshma Aziz Merchant, Encik Abdul Lateef Siddiqui, Encik Moez Nomanbhoy, Encik Hanif Nomanbhoy, Encik Juzar Motiwalla, Encik Mashuthoo s/o Abdul Rahiman Raja Mohamed Maiden, Encik Raj Mohamed, Encik Bazul Ashhab dan Encik Haider Sithawalla.

Oleh itu, sesi bersama para pemimpin India Muslim itu adalah masa yang sesuai untuk MENDAKI mengimbas kembali pencapaiannya selama 40 tahun yang lalu dalam membangunkan Masyarakat Gemilang, dan bagaimana pemimpin India Muslim boleh terus bekerjasama dengan badan bantu diri itu supaya boleh melakukan lebih banyak lagi dan lebih baik.

Encik Zaqy yang merupakan Timbalan Pengerusi MENDAKI berkata: "Dengan lebih banyak kerjasama dan sokongan padu daripada semua orang, masyarakat Islam berpeluang meraih manfaat daripada program yang lebih bersasar, holistik dan berkesan.

"Di sebalik usaha MENDAKI untuk mengadakan lebih banyak program, penting juga untuk MENDAKI melibatkan pemimpin masyarakat kita, mendengar perspektif dan suara mereka untuk membentuk masa depan kita," ujar beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan